Monday, March 11, 2013

pengalaman BERSALIN


Hari ini genap 25 hari anak comel yang bernama NUR NAURAH hadir dalam hidup aku, wahhhhh sangat berbunga-bunga walaupun tidak cukup tidur kerana penyusuan yang begitu eksklusif untuk naurah.

aku perlu cepat-cepat update kronologi pengalaman bersalin aku kerana dkhuatiri lupa almaklumla orang baru lepas bersalin beberapa urat sudah putus, maklum saja lahhhhh....huhuhu

~14 februari 2013~ (valentine day kata budak-budak yang ngah hangat bercinta)
pagi tu jam 9.30 aku pergi ke klinik sebab memang appoitment check up untuk 38minggu kandungan aku, aku drive sendiri walaupun ibu yang baik hati itu larang, aku kan seorang yang gigih dan cekal jadi berkali-kali aku bagitahu ibu aku masih lagi boleh drive siap drift coner lipat lagi.huhuhu......

sampai diklinik (klinik makcik sendiri jadi buat la hal sendiri) tapi makcik aku tu x de so kawan dia yang take over, tiba-tiba aku agak sakit perut rasa nak terberak dan perut sangat memulas-mulas, aku tahan jek la sebab bab membuang benda asing kat tempat orang ni aku tidak biasa dan kurang selesa so aku tahan untuk membuang dirumah.

Nurse kat situ panggil aku, dia cakap kenapa muka lain macam nak terberanak ke, aku cepat2 jawab nak berak laaa (beranak dan berak adalah perkara yang berbeza walaupun sebutan hampir sama) nurse kat situ kata kaki aku dah bengkak teruk,boleh lagi dia gurau-gurau cakap malam ni atau esok gerenti aku bersalin sebab tengok gaya macam orang nak bersalin dah. aku mula cuak tapi muka yang angkuh ni buat-buat cool.

sampai rumah aku rasa tak sedap badan sebab teringat kata-kata nurse tadi, memang aku rasa penat yang teramat sangat padahal rumah aku dengan klinik tu dekat la sangat mustahil boleh penat macam baru balik jogging. sebab penat aku tidur Zzzzzzzzzzz.

jam 1.25 petang, betul-betul time aku terjaga tu azan zohor berkumandang, aku bangun tiba-tiba........


selonggok air(air selonggok ke) keluar seperti di siram dan ada sedikit darah ditilam, aku agak panik sebab aku sangat pasti itu air ketuban tidak mungkin aku kencing merata-rata pula kan....aku keluar bilik aku terjerit-jerit panggil ibu, 'ibu air banyak keluar', ibu dengan pantas cepat-cepat jom pergi hospital. aku capai handfon terus call suami.

jam 2.00 petang aku tiba di hospital, sempat lagi aku makan nasi dan telan seberapa banyak kurma,kurma memang sangat membantu anda-anda semua untuk bersalin dengan lancar ok,aku juga sempat tapau kurma dalam bekas dengan harapan nak makan lagi banyak-banyak, sebenarnya sentiasa ingat pesan mila supaya makan kurma banyak-banyak.

yang pelik walaupun air ketuban menjejeh merata-rata namun aku langsung tidak rasa sakit, aku sempat minta maaf dengan daddy tercinta (sangat sayu macam orang umur tak panjang abah cium kepala aku dan bagi doa sikit kat ubun-ubun kepala, memang sangat touching ok sob sob sob). Ibu pula pesan nanti teran betul-betul waaaaaa mula seram disitu.

jam 7.30 petang doktor datang seluk, baru 1cm katanya, dan dia kata aku perlu transfer sungai buloh sebab air ketuban sudah pecah 7jam namun aku tiada langsung tanda untuk melahirkan anak comel aku itu.

jam 8.30 malam aku mula naik ambulans, 1st time ko senah naik ambulans memang pengalaman betul laahhhhh.

9.15 malam aku tiba di hospital sungai buloh, langsung tiada tanda sakit walaupun darah dan air ketuban telah keluar dengan banyaknya. aku sempat lagi keluar masuk ke kaunter untuk berjumpa suami, ibu, makcik dan sepupu yang datang bagi support.

~15 februari 2013~
apa dah masuk 24jam namun aku masih lagi cool tiada tanda sakit nak bersalin.

jam 12 tengahari ada sakit sikit namun aku anggap tu sakit-sakit kecik.

jam 3 petang sakit contraction selang 15minit sekali datang dan pergi, kali ini sakit memang betul-betul sakit. sungguh aku katakan sakit contraction memang sangat sakit tapi tips untuk tahan sakit itu adalah tarik nafas melalui hidung dengan panjang dan lepaskan melalui mulut, memang sangat membantu yer wahai bakal-bakal ibu.

jam 5 petang sakit contraction semakin hebat datang dan pergi, aku mula di bawa masuk ke labor room. wahhhh labor room itu sangat la eksklusif. perut aku dipasang alat untuk mengesan degupan jantung anak, air mula dipasang ditangan, doktor kat situ kata nanti aku akan diberi suntikan untuk melalaikan dan menidurkan aku. what................aku nak bersalin bukan nak tidur.

rupanya suntikan itu untuk mengurangkan sakit aku bila sakit sahaja aku akan terjaga, huhuhu.....

jam 8.30 malam suami datang untuk memberi sokongan moral, moral sangat ok.......aku teran banyak kali gak tapi kalau tak rasa sakit itu datang memang x akan teran ok....so bila sakit itu datang aku teran dengan kuat maka lahir lahhh naurah ke dunia pada jam 8.51malam namun naurah keluar tidak menangis, jadi aku  yang mula menangis kerana naurah tidak menangis. 10minit kemudian doktor datang dan beritahu naurah sudah menangis, syukur alhamdulillah.

lega rasanya bila naurah telah lahir kedunia, sakit yang teramat sangat sakit tadi langsung hilang, sesi jahit menjahit juga berlangsung dengan pantas hanya 15minit kerana doktor pakar yang menjahit.

Alhamdulillah walaupun air ketuban telah pecah lama namun rasa sakit aku alami tidak lama, ini kerana aku banyakkan meminta maaf dengan suami memang hari-hari aku minta ampun dan maaf dari suami juga aku mohon beliau doakan aku mudah bersalin, juga tidak dilupa ibu bapa yang membesarkan kita perlu juga meminta maaf dengan tulus dan ikhlas.

pengalaman yang best sebenarnya sewaktu bersalin ni, aku masih ingat kata-kata doktor dan nurse masa dilabor room 'teran macam awk rasa geram, geram sangat geram yang teramat sangat, geram...geram....geram'



ini lah nur naurah yang aku tunggu-tunggu fresh baru keluar dari labor room, berat naurah 3.47kg, gila kentang aku teran anak comel sebesar ini, alhamdulillah aku sangat bangga melahirkan nur naurah.

sekian sahaja pengalaman bersalin aku, kalau nak tahu detail boleh pm aku, kita share pengalaman bersalin dan tips-tips mudah bersalin.



bye...bye semua.



11 comments:

juanz said...

wah! best2..... leh lah adik nur insyirah soon ada kwn .... may be bulan 8 ni. :-)

Y A Y A N said...

yerrr ke.....cepatnye produce....huhu

Noor Hanisah said...

Salam, hye Yan, sye anis. Erm...yayan, tumpang tanye, hospital Sg.buloh ok ke. Nape sye byk dgr n bace yg xelok je ek.

Y A Y A N said...

sorry yer lambat reply, actually ok cuma awk kena fussy sikit, seperti budak praktikal memang ramai, tengah sakit2 boleh pulak datang nak buat temu ramah memang tak la, saya cakap la sorry saya tak nak diganggu ala2 diva saya buat, masa sesi menjahit lepas bersalin saya request nak doktor pakar yang jahit, sebab budak praktikal ramai akan masuk dalam labor room itu. so berhati2 dengan staff sebenar or dengan budak praktikal. kita ada hak untuk fussy sebab kita pelanggan hospital sg.buloh itu. dont worry la tapi sangat selasa. ada apa2 boleh tanya lagi.

tq.

ct@m@n@qieem said...

terime kasih atas perkongsian....takot sgt...sbb skrang 36 weeks ank kdua...yang sulong caeser...yang ni da blh normal...ketakutan melande....tips bergune...mkn kurma...akn di amlkn walaupon agk trlewat...

Kakchah Jelita said...

dah 4 kali bersalin. anak-anak pon dah besar smuanya...
jomlah lawat blog saya

shira_abdul_majid said...

i pon byk baca psl hosp sg buloh, ade yg ckp ok ade yg ckp teruk sgt2 ... smpai skrg msh takut2 gak pk sbb i pon akan besalin sana. hrp2 semuanya ok2 je cam pengalaman u ni :-)

vitaminpilihansemua said...

syoknya baca pengalaman bersalin mama naurah..baby pon comel aje..just nak share,laen hospital laen ragamnye..yang penting kita kena bersedia fizikal mental kan..anyway salam perkenalan..jemput singgah blog saya..vitaminpilihansemua.blogspot.com

Sarah Amanda said...

Assalamualaikum.
Salam kenal. Tahniah dari saya. Awak bersalin bulan 3. Saya bulan 4. Tahniah ya..
Saya pun ada update pasal pengalaman bersalinhehehe. bolehlah jenguk link blog saya ni kalau ada masa terluang.

http://mama4aqil.blogspot.com/2013/07/pengalaman-bersalin-aiman-kalah.html


terima kasih.

Afiqah Azmee said...

Terima kasih atas tips. Sangat berdebar nak menempuh medan meneran ni, maklumlah anak sulung huhu. Tapi dlm masa yg sama tak sabar nak tengok muka si manja hihi.

Y A Y A N said...

kepada semua momies diluar sana....percaya la pd kuasa allah...smpai skrg saya pun masih x percaya mcm mna keajaiban bersalin tu....masyaallah,nak recall je rasanya selalu...selamat bjuang semua.insyaallah....