Wednesday, October 31, 2012

AKU MAHU Fisher Price Rocker




u olls tau ke ape benda alah Fisher Price Rocker tu? gila ko aku nak memancing time ngah sarat-sarat ni, tak kan laaa aku nak jadi mama yang rock plak kan, tak kan la benda alah tu untuk kegunaan aku plak kan....huhu. bagi ibu-ibu yang mengandung macam aku sekarang ni mesti sedang sibuk usha barang-barang baby macam aku kan, yer ke tidak......


sedang masa yang terluang ini ada sebab aku 24/7 sibuk, assingment berlambak, lesson plan perlu aku bereskan dengan kadar segera, waaaaaa article review professor kesayangan baru aku siapkan memakan masa 2hari gak la sampai suami paksa aku masuk tidur seperti laptop tu adalah pasangan kekasih buat hidup aku kini, tak kan la suami aku cemburu aku dengan laptop...ohhhh tidak, dia kesian aku sakit pinggang hadap laptop je.

sekarang aku ingin bersenang lenang layan blog cuci mata mencari barang untuk anak yang dalam perut yang sangat aktif menendang kanan dan kiri..hiyakkkkkk wachhaaaaaa. ohhhh anak.

berbalik kepada  Fisher Price Rocker yang aku cerita diawal tadi, atas bantuan google mari sini mari rapat aku tunjuk benda alah tu pada kalian.

ini lah dia  Fisher Price Rocker yang aku nak sangat untuk keselesaan anak aku nanti, boleh la dia bersenang lenang duduk kat situ.


Bukan setakat duduk tapi anak aku nanti boleh tidur dengan lena dalam tu. hopefully.

tapi.........





aku risau ibu nanti tak bagi beli, sebab ibu aku sangat seorang yang conventional (tradisional laaaa) bab barang-barang anak, sehingga kini ibu aku melarang beli barang-barang baby,tunggu kandungan masuk 7 bulan baru boleh beli walaupun aku curi-curi beli tanpa pengetahuan dia, padahal hampir penuh almari dengan barang baby je.huhuhu ibu ampun.

aku risau nanti ibu akan cakap nanti anak aku jatuh tergolek, tak stabil, sakit tengkuk dan macam-macam lagi. tapi ini sekadar assumption (andaian) aku terhadap ibu aku tu. tapi aku percaya ibu aku mesti merelakan saja bila aku dah beli nanti...huhu.

kepada suami aku yang tercinta sedia maklum bahawa isterimu ini ingin benda alah diatas untuk anakmu ini.




Tuesday, October 2, 2012

perubahan ibu MENGANDUNG



Alhamdulillah, kini kandungan aku sudah masuk 5bulan. 5bulan perut aku masih lagi maintain cute belum lagi nampak besar.

Sudah tentu bila mengandung perubahan-perubahan terhadap diri akan berlaku tidak lagi sama seperti zaman anak dara aku dulu. Ini adalah sebahagian daripada perubahan yang aku alami, mungkin perubahan orang lain tidak sama seperti yang aku alami :

* kalau mengandung, sudah tentu perubahan pada perut akan berlaku. huhu its normal maaaaa sebab kan dalam tu ada baby kan...kan...kan.

* size 'nasi lemak' yang dulu 50sen kini up naik ke size 2hinggit, terperanjat gak aku sebab dulu comel jek sekarang dah macam pamela anderson plak rasanya.

* awal-awal mengandung aku tak boleh makan nasi, tengok nasi aku rasa nak muntah, bila aku paksa makan nasi pasti buat ponat badan ajo sebab ia akan keluar membuak-buak. ~mengabiskan boras jeeee~. Kini alhamdulillah orang asia macam aku ni mana boleh dipisahkan dengan nasi, back to normal.

* aku menjadi agak sedikit gedik bila suami yang dicintai ada disisi. huhuhu aku pun tak pasti kenapa, kalau pening-pening sikit dah macam sakit teruk dibuatnya, kira macam aku ni berpura-pura sakit over-over padahal aku pening sikit je...huhu sorry b. tu belum lagi kaki sakit la, kaki gatal laaa, aduhhh aku berharap suami aku bersabar dengan kerenah aku ni.

* kawan-kawan ramai tegur aku dah banyak berubah, dulu aku sangat kepohchi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab perubahan untuk menjadi seorang mama so kena la chill tak leh dah nak kepoh-kepoh sangat.

* bab mengidam ni memang satu pengalaman yang tak boleh aku lupakan, serius baru aku tahu orang mengandung mengidam macam mana rasanya. aku mengidam biasa-biasa jek tapi perasaan tu memang lain, jiwa memberontak dan sentiasa teringat-ingat apa yang nak dimakan.

* baju seluar banyak yang tak muat, huhu seluar semua out dah tak boleh pakai, hope lepas bersalin kembali slim. lalalala.

* perubahan yang paling aku sedar adalah aku menjadi semakin sensitif, tengok cerita sedih menangis mak ai berjurai-jurai, bila aku teringat benda-benda tak best yang aku rasa nak jadi pada ibu abah dengan suami aku ke mula la aku menangis bersungguh-sungguh padahal itu semua hanya mimpi atau aku suka berfikir yang bukan-bukan.

* yang ni pelik sikit, aku suka tengok cerita hindustan, kalau ada cerita hindustan yang best sikit aku akan terpacak depan tv, rasa macam suka gila tengok macam tu favourite show tv yang paling aku suka sejak dari dulu kononnya,

* ini perubahan atas kemahuan sendiri bukan semulajadi, aku mula bawak kereta slow-slow jek, ada bonggol ada lopak sikit aku slow jek bawak dengan sopan santun sebab nak jaga kandungan aku supaya jangan gegar-gegar..huhuhu.


~ itu saja rasanya perubahan pada diri aku, nanti ada apa-apa aku update lagi. Doakan aku dan juga kandungan aku baik-baik saja ehhhh~