Sunday, December 30, 2012

genap SETAHUN

gamba zaman dahulu, setahun yang lalu. slim kan...kan...kan.

30 Disember 2012 maka dengan ini genap setahun aku menjadi isteri kepada mohd nazrin, pejam celik pejam celik rasa macam pengantin baru lagi rasanya. hahaha tak sedar diri padahal perut aku semakin memboyot dan perut suami juga turut memboyot sekali.

Alhamdulillah syukur aku ucapkan kepada tuhan yang satu-satunya aku sembah kerana memberkati hubungan kami suami isteri serta mengurniakan anak yang bakal aku lahirkan insyaallah febuari nanti.




Merah lagi inai dijari, sebenarnya aku pakai inai last minute tu pasal la merah sangat ngahhhh oiiii, pukul 2 petang sebelum majlis nikah bermula aku baru nak pakai inai, kinda busy sampai lupa pakai inai. Tapi ada hikmah juga pakai inai ni uolssss sebab after bersanding we ollsss go to honey moon. Bila pergi honey moon mestilah nak pegang2 tangan and a bit gedik dengan si halal ini, agak risau bila orang pandang sinis bila berdua berpegang tangan. Tapi disebabkan inai la so orang akancepat-cepat fikir 'oho dah kawin'.

After 2 or 3 month inai dah mula hilang, bila pergi tengok wayang malam-malam we ollsss pegang-pegang tangan ramai yang pandang, maybe sebab muka aku yang babyface atau muka suami yang kelihatan berumur 17 tahun membuatkan orang pandang seperti kami tidak mempunyai hubungan yang sah macam couple dizaman sekolah menengah (lalalalala.............). 

~sekian~

Wednesday, October 31, 2012

AKU MAHU Fisher Price Rocker




u olls tau ke ape benda alah Fisher Price Rocker tu? gila ko aku nak memancing time ngah sarat-sarat ni, tak kan laaa aku nak jadi mama yang rock plak kan, tak kan la benda alah tu untuk kegunaan aku plak kan....huhu. bagi ibu-ibu yang mengandung macam aku sekarang ni mesti sedang sibuk usha barang-barang baby macam aku kan, yer ke tidak......


sedang masa yang terluang ini ada sebab aku 24/7 sibuk, assingment berlambak, lesson plan perlu aku bereskan dengan kadar segera, waaaaaa article review professor kesayangan baru aku siapkan memakan masa 2hari gak la sampai suami paksa aku masuk tidur seperti laptop tu adalah pasangan kekasih buat hidup aku kini, tak kan la suami aku cemburu aku dengan laptop...ohhhh tidak, dia kesian aku sakit pinggang hadap laptop je.

sekarang aku ingin bersenang lenang layan blog cuci mata mencari barang untuk anak yang dalam perut yang sangat aktif menendang kanan dan kiri..hiyakkkkkk wachhaaaaaa. ohhhh anak.

berbalik kepada  Fisher Price Rocker yang aku cerita diawal tadi, atas bantuan google mari sini mari rapat aku tunjuk benda alah tu pada kalian.

ini lah dia  Fisher Price Rocker yang aku nak sangat untuk keselesaan anak aku nanti, boleh la dia bersenang lenang duduk kat situ.


Bukan setakat duduk tapi anak aku nanti boleh tidur dengan lena dalam tu. hopefully.

tapi.........





aku risau ibu nanti tak bagi beli, sebab ibu aku sangat seorang yang conventional (tradisional laaaa) bab barang-barang anak, sehingga kini ibu aku melarang beli barang-barang baby,tunggu kandungan masuk 7 bulan baru boleh beli walaupun aku curi-curi beli tanpa pengetahuan dia, padahal hampir penuh almari dengan barang baby je.huhuhu ibu ampun.

aku risau nanti ibu akan cakap nanti anak aku jatuh tergolek, tak stabil, sakit tengkuk dan macam-macam lagi. tapi ini sekadar assumption (andaian) aku terhadap ibu aku tu. tapi aku percaya ibu aku mesti merelakan saja bila aku dah beli nanti...huhu.

kepada suami aku yang tercinta sedia maklum bahawa isterimu ini ingin benda alah diatas untuk anakmu ini.




Tuesday, October 2, 2012

perubahan ibu MENGANDUNG



Alhamdulillah, kini kandungan aku sudah masuk 5bulan. 5bulan perut aku masih lagi maintain cute belum lagi nampak besar.

Sudah tentu bila mengandung perubahan-perubahan terhadap diri akan berlaku tidak lagi sama seperti zaman anak dara aku dulu. Ini adalah sebahagian daripada perubahan yang aku alami, mungkin perubahan orang lain tidak sama seperti yang aku alami :

* kalau mengandung, sudah tentu perubahan pada perut akan berlaku. huhu its normal maaaaa sebab kan dalam tu ada baby kan...kan...kan.

* size 'nasi lemak' yang dulu 50sen kini up naik ke size 2hinggit, terperanjat gak aku sebab dulu comel jek sekarang dah macam pamela anderson plak rasanya.

* awal-awal mengandung aku tak boleh makan nasi, tengok nasi aku rasa nak muntah, bila aku paksa makan nasi pasti buat ponat badan ajo sebab ia akan keluar membuak-buak. ~mengabiskan boras jeeee~. Kini alhamdulillah orang asia macam aku ni mana boleh dipisahkan dengan nasi, back to normal.

* aku menjadi agak sedikit gedik bila suami yang dicintai ada disisi. huhuhu aku pun tak pasti kenapa, kalau pening-pening sikit dah macam sakit teruk dibuatnya, kira macam aku ni berpura-pura sakit over-over padahal aku pening sikit je...huhu sorry b. tu belum lagi kaki sakit la, kaki gatal laaa, aduhhh aku berharap suami aku bersabar dengan kerenah aku ni.

* kawan-kawan ramai tegur aku dah banyak berubah, dulu aku sangat kepohchi sekarang dah kurang sikit mungkin sebab perubahan untuk menjadi seorang mama so kena la chill tak leh dah nak kepoh-kepoh sangat.

* bab mengidam ni memang satu pengalaman yang tak boleh aku lupakan, serius baru aku tahu orang mengandung mengidam macam mana rasanya. aku mengidam biasa-biasa jek tapi perasaan tu memang lain, jiwa memberontak dan sentiasa teringat-ingat apa yang nak dimakan.

* baju seluar banyak yang tak muat, huhu seluar semua out dah tak boleh pakai, hope lepas bersalin kembali slim. lalalala.

* perubahan yang paling aku sedar adalah aku menjadi semakin sensitif, tengok cerita sedih menangis mak ai berjurai-jurai, bila aku teringat benda-benda tak best yang aku rasa nak jadi pada ibu abah dengan suami aku ke mula la aku menangis bersungguh-sungguh padahal itu semua hanya mimpi atau aku suka berfikir yang bukan-bukan.

* yang ni pelik sikit, aku suka tengok cerita hindustan, kalau ada cerita hindustan yang best sikit aku akan terpacak depan tv, rasa macam suka gila tengok macam tu favourite show tv yang paling aku suka sejak dari dulu kononnya,

* ini perubahan atas kemahuan sendiri bukan semulajadi, aku mula bawak kereta slow-slow jek, ada bonggol ada lopak sikit aku slow jek bawak dengan sopan santun sebab nak jaga kandungan aku supaya jangan gegar-gegar..huhuhu.


~ itu saja rasanya perubahan pada diri aku, nanti ada apa-apa aku update lagi. Doakan aku dan juga kandungan aku baik-baik saja ehhhh~

Tuesday, July 17, 2012

pengUMUMAN


Alhamdulillah,

sebelum ini aku ada cerita, aku sibuk menjadi seorang cikgu yang sedang belajar, dan pada masa yang sama aku sibuk menjadi isteri. sekarang tanggungjawab aku semakin besar kerana,


......
.....
.....
.....
.....
.....
.....
......
......
......

sila rujuk gambar di bawah ( macam soalan periksa) hahahaha.






Tuesday, May 29, 2012

MUKA buku


Dengan ini aku mengumumkan bahawa aku sudah punya MUKA BUKA, motif?

sekadar suka-suka. Kepada rakan taulan yang bertahun-tahun sentiasa mencari-cari aku tu sila la add.

Azean Yayan


hahahaha....


Wednesday, May 16, 2012

mereka yang AWESOME



Tiada kata secantik bahasa 'TERIMA KASIH' 'THANK YOU' 'XIE XIE' kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, sedara-mara, kenalan dan kepada semua yang hadir majlis perkahwinan aku pada 1.1.2012 yang lalu, terima kasih sangat-sangat yang tak terhingga aku ucapkan. Kat sini aku ada upload picture mereka yang awesome semasa majlis kahwin aku.




ini semua bekas-bekas anak murid aku, rombongan mak jemah ni bikin havoc masa majlis kahwin aku, thanks sangat-sangat cikgu ucapkan sebab datang majlis cikgu ok, semoga u ollsss jadi pelajar yang cemerlang ok. Mereka ni semua menjadikan aku cikgu popular kat sekolah sebab aku cikgu yang sporting katanya. hahahaha.


cikgu yang sporting datang dari anak-anak murid yang sporting, tengok la tu bukan main lagi posing-posing, siapa yang ajar?hahaha








Yang ini classmate aku masa kat UiTM, my big brother Rafie and Zack, jauh dari melaka mereka datang ni jahhh. Thanks sangat datang majlis aku tau, hope kita akan keep in touch ok. Rafie untuk orang melaka aku ada ucapan 'ulau melingkau di atas pagau' (melaka tak?)





LUAS selamanya, kepada anis, kakdiah, ezzah (ombak rindu) rina and sheila, terima kasih datang jauh-jauh ada yang dari banting, hulu langat sungai congkak. Kerja rajin-rajin ok, ingat pesan aku rezeki tuhan yang bagi, kerajaan negeri selangor yang bayar gaji hang bukan pakai duit mak bapak depa so biaq pi sama depa yang kuang hajaq tu..huhuhu emosi.



John, ain ala tomei-tomei, dira vogue selamanya, fatin pun ada. Mereka ni junior aku masa belajar kat UiTM dulu. Aku hanya sempat roger-roger ain pas kad kahwin dan minta dia jemput geng-geng mak limah datang majlis kahwin aku, apa pun thanks sangat tau. Mereka ni junior yang rapat dengan aku, nak nota nak assingment sila berbaik-baik dengan akak senior ok.



LUAS selamanya, aku tak sangka pula mereka ni akan datang termajlis aku. Apapun ucapan ribuan terima kasih aku ucapkan kepada mereka ini. ucapan aku adalah pastikan mutu kualiti air di selangor lebih mampan dan holistik ok. kepada yang bujang macam epol, che man, adik-adik juruteknik yang sporting, kang kalau nak kahwin jemput la aku ok.



Haaaa yang ini pula bukan gengster ok, mereka rakan sekampung sejak aku kecil. Sekolah tadika bersama, sekolah rendah dan sampai sekolah menengah ok. Setiap sorang bawa hadiah besar-besar untuk aku.wuhuuuu terharu ok, terima kasih datang majlis aku, nanti hari raya kita beraya bersama lagi ok.



Yang ini pun rakan sekampung bersama tunang tercinta. seksi yuuuuuu.




Paling awesome ini dia geng vavavoom masa aku kat LUAS, colin and child alisa, ali imran (sedap nama dia sesejuk mata memandang) mass and sue. Terima kasih sangat-sangat, laaalaaalaaa kerja laaaaa.



Aza sahabat yang mula-mula aku kenal masa mengajar kat seri tanjong, dia sangat cantik ok, apa dia pakai semua pun cantik. Sepanjang percintaan aku bersama suami, Aza yang menjadi saksi, huhu malu la pula. Aza cepat-cepat la kahwin, Aza sekarang mengajar kat sungkai. huhu nanti aku datang sungkai ok.





Ijal dan isteri, aku tak sangka ijal datang. Dulu masa dia kahwin aku datang ok. Apapun thanks datang majlis aku, semoga cepat-cepat dapat anak.



 Yang paling aku sayang kawan-kawan UiTM kita susah senang merempit ke kelas bersama 5 tahun tanpa skip kelas (rajin ok tak pernah ponteng kelas), huhu kila, nida, deqyah, and zue. Nida cute sangat-sangat lama kita tak jumpa still same la nida dari dulu, deqyah sudah bertudung, zue sudah punya anak besar sedangkan aku baru bersanding huhuhu, kila maintain vogue dari dulu ala-ala mak datin kau. Aku sayang korang sangat-sangat, kepada deqyah selamat pengantin baru tengah darah manis tu (27.5.2012).



Tini, lela dan hajar. Lela masih lagi mood pengantin baru, kepada tini dan hajar cepat-cepat kahwin ok, aku tak sabar nak pergi majlis kahwin korang pulak, huhu terima kasih datang ok.


Peja lalala, huhu dah jadi tunang orang ko yerr dik, nak tiru-tiru akak la tu. Apapun terima kasih datang majlis akak jauh datang dari morib tu datang, insyaallah nanti peja kahwin akak datang ok.



Yang ini cikgu cikgi masa aku mengajar sekolah lama dulu, mereka sangat sporting, baik sangat-sangat. Terima kasih bagi tunjuk ajar masa kita sama-sama menjadi cikgu dulu ok.










Ada ramai lagi kawan-kawan yang datang tapi tak sempat amik gambar :


Achik huda - huhu datang lambat sape suruh, apa pun thanks bagi hadiah yang sangat bermakna, nanti aku gantung kat rumah baru aku ok. insaf........

Jedy cikgu cikgi - jedy dengan wife datang masa aku sibuk bersanding tapi sempat dia jerit 'selamat dipuankan' huhu hampeh ko jedy,

Kakliza a.k.a jebon ngah - ini akak cikgu cikgu mase kat seri tanjong, sekarang dia mengajar kat melaka. huhu thanks datang dari melaka jauh tuuuu.

Tika - Audit jangan tak audit, audit jekkk la keje ko hari-hari kan, thanks datang dari banting jauh gak tu. Gambar dalam handfon jek yang ada.

Kak milah - ini sifu cikgu pendidikan seni yang banyak bagi tunjuk ajar pada aku dulu, terima kasih kak.

Eza - jiran aku sejak aku kecik lagi, tapi dia dah pindah ke sijangkang, dia datang masa malam berinai, apa pun thanks, cepat-cepat dapat anak ok.


* dah ramai lagi, amy-jila-dayah-hayati dan semua yang datang majlis kahwin aku pada 1.1.2012 yang lalu.







Monday, March 19, 2012

gambar KAHWIN belum siap



Sentap betul aku bila gambar kahwin aku belum siap lagi, dah ramai yang tunggu akan penerbitan album kahwin aku tu, retissss macam aku ni memang la ramai yang tunggu nok.

bila sedara aku datang rumah mesti tanya pasal gambar kahwin, yang aku lagi sentap sedara aku datang semata-mata nak tengok gambar kahwin, kesian tuuuuuu kat depa.

nanti ada masa aku tunjuk gambar banyak-banyak, sekarang kekurangan masa untuk menghadap laman sosial, kerana aku perlu gigih belajar untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, di samping aku perlu bahagikan masa menjadi seorang isteri, fuhhhhh banyak tanggungjawab woooooo.




Thursday, February 23, 2012

rindu LUAS





oh yerrr, selamat tinggal LUAS...


sebenarnya  dilubuk hati, aku sangat rindukan LUAS.


aku rindukan vavavoommmm kliks kat LUAS tu, mereka terdiri daripada :


- peja lalala yang agak misteri selalu kena buli balik
- setiausaha pengarah colin yg very kepohchi 
- akauntan yg suka sekat duit tapi bab kerja sangat teliti...hahahaha larik 
- PPT sue bon bon yg blur tapi masuk air
- mass vogue mengalahkan artis mee segera


lain-lain macam ady, bro zaidi ~ suka menyakitkan hati tapi baik hati~
dak-dak teknikal mcm che man, adik nizam, cendawan (sapik shuaimi) 










Sunday, January 22, 2012

LAGI sekitar majlis perNIKAHan

thanks maah temankan aku sepanjang majlis pernikahan aku selesai.
nanti aku upload gambar lagi....tunggu!!!!!

Wednesday, January 18, 2012

Friday, January 6, 2012

sekitar majlis perNIKAHan



maaf gambar kurang jelas, ini sekadar gambar di dalam

camera cap 'chong song seng'

puan punya blong ada berjuta gambar untuk di publish

namun memerlukan tapisan kasar dan tapisan halus

(amboi macam tapisan keselamatan pula)

kerana gambar banyak sekadar tatapan peribadi.


~full picture pada photographer lagi~