Thursday, December 15, 2011

TETAMU yang DIUNDANG



Oh yer hari ini tajuk kita adalah TETAMU atau GUESTS, minggu semakin sibuk dengan tugasan menghantar kad kepada rakan-rakan. Percaya atau tidak aku masih mengepos kad undangan kepada rakan-rakan yang jauh berbatu-batu walaupun laman sosial yang canggih bisa menjemput rakan dan taulan walau di hujung jari sahaja, masih ada lagi insan conventional (tradisional la jahhh) seperti aku ini ahhhh. masih adakah insan mengepos kad undangan kahwin seperti aku ~tidak perlu angkat tangan~

Rakan-rakan di kampung halaman akan aku cuba hantar by hand dengan tekun dan rajin, insyaallah minggu ni akan aku gagahkan juga. Nor akmal sari nama di beri, aku tak tahu kenapa aku nak sangat jemput musuh ketat aku masa primary school dulu, nama kawan-kawan panggil 'mamai' dah la pelat 'S' suka menyakitkan hati orang, tapi di hari bahagia aku nanti aku nak sangat 'mamai' hadir. 

Untuk kawan-kawan office semua dah complete tinggal bagi jek, ini pun aku akan gagahkan juga pergi dari meja ke meja mungkin pada hari isnin nanti, aku akan pastikan aku tak kan tinggalkan kad atas meja, aku nak jumpa face to face dan jemput dengan seikhlas hati.

Bekas anak murid dari minggu lepas dah call banyak kali bertanya bila kenduri kenapa tak jemput ~adoi~ sebab mak bapak depa semua dah dapat kad, so tunggu dalam minggu ni kita bisa ketemu ngobrol banyak-banyak ok, kepada adha and the geng dari smk seri tanjung semua aku dah settlekan awal-awal.

Rakan-rakan cikgu masa aku mengajar dulu dalam minggu ni juga aku akan bagi kad separuh aku dah bagi tinggal yang tak dapat jumpa tu aku bagi kat pentadbiran sekolah saja la ehhhh.

kepada rakan-rakan UiTM semua aku dah pos, akila aku mohon post kat facebook kad aku dah hantar ke kampung halaman masing-masing seperti dalam anual book masa kita konvo dulu, akila selaku ajk promosi aku kerah post kat wall facebook supaya rakan-rakan hadir ke majlis aku.

kepada yang aku TERlupa TERlepas pandang TERcicir jemput la datang pada majlis aku nanti walaupun tanpa kad, rumah aku halaman yang luas macam aku kerja kat LUAS mohon datang bersama keluarga ~motif nak cerita halaman rumah~

jemput semua 1.1.2012





No comments: