Thursday, December 22, 2011

Kenapa?




Kes-1

Sedang aku gembira dengan fasa baru nak jadi isteri nazrin, aku di datangi double happy dengan berita aku dah KPLI tetapi ntah dari mana kawa-kawan office ramai yang tahu sebab hanya hulubalang huda dengan pahlawan peja sahaja yang aku pancitkan cerita, rupanya pengarah ada cerita masa dalam meeting pengurusan so no wonder la depa semua ramai yang tahu.


Aku di hujani ucapan tahniah pelbagai version,

A : Tahniah yan ( ini ucapan yang paling banyak aku dapat)

B : Selamat pagi cikgu 

C : Elok ko pegi yan sebab jabatan kita close department

D : Dengar-dengar kata dapat jadi cikgu, tahniah.

E : Yan nak kemana, duduk je la sini nak jadi cikgu pulak.




tetapi 





F : yan dapat KPLI ke, ramai yang dapat KPLI keluar tak dapat jadi cikgu tau, ramai menganggur tau.

G : posting katmana (yan berkata result keluar 26 haribln, kementerian umumkan berjaya tapi penempatan dengan kursus yang ditawarkan pada 26 tu baru tahu kat mana)  laaaaaa tak dapat lagi ke? ingatkan dah dapat.

~ aku rasa orang E & F ini ada masalah emosi yang tinggi sehingga menyakitkan hati aku sedemikian rupa, aku salah apa sampai depa nak cakap aku macam tu, aku tak mintak ko ucap tahniah pada aku tapi aku mohon jangan sakitkan ati aku ~

~ aku duduk kat office nak bekerja bukan nak cari gaduh dengan orang, tapi ada sahaja orang yang dengki dengan aku, aku anggap officemate aku sumpah macam adik beradik, hubungan aku dengan semua staff baik-baik belaka tak pernah aku nak menyinggung hati sesiapa tetapi kenapa depa dengki dengan aku~






Kes-2

Lately hidup aku sangat gembira dengan fasa perkahwinan yang semakin hampir, suasana memberikan kad kepada officemate sangat meriah macam hari raya sebab depa semua sporting.  




tetapi




1 : yan tumbang lembu berapa ekor (yan berkata : 2 ekor), kalau seekor 3500 kalau 2 ekor dah 7000, kaya betul yan, banyak duit ko yan.

2. aiiii kad sekeping jek, jimat betul (yan berkata dalam hati kalau 35sen kali 2500 kad dah berapa ratus, kalau takat jemputan 200 ke 300 boleh la aku buat kad hard cover tebal macam tesis tu ada berhelai-helai)

2. laaaaa yan orang tg.karang ke, ingatkan orang KL, gaya macam orang KL (dahh tentu la mak bergaya nokkk datang office, tu bergaya ala-ala jek blom abis gaya lagi)

~ salah aku ke aku di lahirkan di tanjung karang, hello orang tanjung karang lagi kaya duit berkapok-kapok dalam bank, sawah padi ber ekar-ekar kebun kelapa sawit berjelar-jelar, so ada diskriminasi ke antara orang KL dengan orang tanjung karang, yang pasti orang tanjung karang ramai yang dah pergi haji, ko mampu?????

~ salah aku ke aku di lahirkan dengan ibu bapa aku yang punya duit banyak sampai boleh tumbang 2 ekor lembu tetapi duduk di tanjung karang.(motif)


selama ni aku duduk kat jabatan ni aku banyak bersabar, aku nak parking kat basement tak berani sebab aku bukan pandai sangat bawa kereta tapi orang perli aku cakap kereta aku besar sangat ke...subhanaallah tidak aku terlintas pun nak cakap kereta besar atau kecik. (hello itu saja kereta kecik yang aku ada, ko ada????)


Aku ulang alik tanjung karang orang cakap cukup ke gaji, duit minyak berapa hinggit balik tanjung karang (aku pakai duit ko ke untuk isi minyak kalau dah stesen minyak tu aku yang punya, ko ada stesen minyak???)

yerrrrrrrr memang aku orang senang walaupun aku duduk tanjung karang bukan duduk KL tapi aku sangat bersyukur sebab kekayaan yang allah beri pada keluarga aku tidak sikit pun membuatkan aku adik beradik dan whole family members aku berlagak dan takbur dengan kekayaan allah yang sementara ini (kaya atau miskin kubur 6 kaki sama gak jahhh)


Kami sekeluarga hidup beserderhana di tanjung karang walaupun ibu aku selalu cakap kalau ibu nak beli mercedes 2 bijik pun ibu mampu tapi tak perlu ibu aku cakap. ibu aku banyak bersedekah dan habiskan sisa hidup tua dengan beramal, satu hari nanti jika aku senang macam ibu mesti aku nak jadi macam ibu yng suka bersedekah, insyaallah sebab aku percaya lagi banyak kita memberi allah akan balas dengan berlipat kali ganda seperti ibu.



Aku nak semua orang sayang aku nak semua orang gembira dengan aku sebab aku sikit pun tak pernah dengki dengan sesiapa tapi kenapa ada orang macam ni, kakak aku selalu cakap mana-mana tempat sama saja, fine aku terima aku anggap je orang-orang macam tu orang-orang yang mempunyai sisi negatif.


Selama ni blog aku bersih suci dari cerita benda-benda lucah macam ni, aku suka cerita yang happy jek tentang aktiviti seharian tetapi jiwa aku memberontak nak cerita gak sebab aku dah lama bersabar, hampir setahun aku kat sini orang physico aku macam-macam tapi aku senyap jek, aku tahan sebab aku tak nak istihar perang lagipun jabatan kerajaan kecik macam ni kalau gadu buat selit gigi jek, one day akan bekerja bersama-sama gak, balik-balik hadap muka yang sama so buat apa nak gaduh-gaduh yer dakkk.


tamat kisah sedih aku tetapi ahhhh persetankan semua itu, yang penting aku happy, orang nak dengki pun bukan depa boleh dapat duit ibu ngan abah aku. huhuhu jom datang majlis kahwin aku lagi baik daaaaaa.





6 comments:

juanz said...

luahan secara telus nih..... sedang mencari adakah serindit tergolong jgk... harap2nya tidaklah.... semoga sukses dgn kerjaya baru nnt yayan. Tahniah.....

jow0 community said...

jawe pon jawe la janji rock...

Dora Natasha said...

alah yan..beselah tu.dorang dengki letew..

aperpon tahniah! ko mmg deserved dok tg karang mcm aku,koz orang2 yg mampu jer dok sawah padi tsk mnyushksn org.kalo KL dok flat pon tak kelas langsung. lalala

semoga berbahagia dengan en, Nazrin abd double kongrats bakal jadi guru.rezki org nak nikah :)

sorry tk dpt dtg,tp aku doakan korang bahagia. amin!

peja said...

sabar byk2 ye cikgu....hope sye x tergolong org2 y mcm 2....pape pun tahniahhh...1.1.2012 sye akan dtg tgokk awk bersanding....jgn sedih2 n org y mcm 2.....

Achik_Huda said...

opsss...akhirnye semua yang tersirat telah disuratkan diatas batu bersurat.....caya la yan....tapi naper awk tak bagitahu awk ader stesen minyak..? sy pun nk isi minyak pree....nnti sy gi kenduri kawin awk, sy singgah pam minyak awk leh tak? wat isi minyak nk balik umah...jauh perjalanan tu..hahhahahahhaha.....

biaseler tu..mulut org bukan leh tutup...jgn kate ko jer, aku pun jadik topik perbualan.....tak paham aku

afzam said...

woww dasyat...

tahniah2...semoga sukses dgn kerjaya baru nnti..

terase gak org kmpung sg besar ni..hehe..org kmpung blh..biala org nk kte pe pon..