Thursday, December 8, 2011

di LUAS di SEKOLAH



Sekarang aku tengah tunggu panggilan KPLI ambilan Nov/Jan 2012 khusus bagi Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT), aku dengar KPM sibuk membuat semakan dokumen permohonan. 3 Tahun aku menyemai cinta menjadi seorang guru di 3 buah sekolah. Macam-macam ragam melayan kerenah anak murid zaman sekarang, minat aku cenderung untuk bercakap dan aku seorang yang aktif so bila aku bekerja di LUAS ni aku menjadi lemau duduk dalam aircond menjadi pasif seperti hidup tidak normal.

Jadi cikgu aku sangat aktif sampai baju koyak( peristiwa jahit baju dalam kelas 3 Amanah, padah pakai kain ketat nak berjalan pun susah). Masa mengajar dulu aku seorang yang sangat di senangi oleh semua, tukang kebun, makcik kantin, pengawal keselamatan, pengetua, kakak-kakak kerani semua kenal aku sebab aku suka bercakap dan suka berkawan. Sampai sekarang aku dengan pengetua semua sekolah aku mengajar dulu selalu bertanya khabar. Kat LUAS ni pun aku baik dengan semua orang, clearner bisu pun aku boleh faham bila aku tegur depa. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Mana tahu rezeki nak kahwin aku dapat panggilan KPLI tu, kalau tak dapat aku duduk la di LUAS ni pun ok ,sebab aku sangat percaya dengan rezeki yang tuhan berikan, itu sahaja tazkirah pada hari jumaat ini.

ok bye.

2 comments:

juanz said...

kenapa dgn aku ko x baik? asyik nk gaduh jer.... ekekeke.... peace!

Y A Y A N said...

sebab ko bukan OKU, aku hanya baik dengan insan-insan yang memerlukan...lagipun ko ada alza, motif?????