Tuesday, December 6, 2011

Braces




Kenapa pakai braces?

Yer soalan cepu cemas nak jawab ni, 

sebab


sebab


sebab aku JONGGANG, fine aku seorang yang jonggang, sesiapa ada anak jangan bagi isap botol susu lama-lama dan jgn biasakan isap benda alah puting yang boleh gantung-gantung kat baju anak ko tu jahh. Fine kalau ko banyak duit berlonggok sila amalkan seperti di atas. Aku adalah orang pertama yang pakai braces masa dekat sekolah dulu, trendsetter gak aku ni sebab masa aku form5 anak pengetua si cikgu maimon tiru-tiru aku pakai braces. kelasssss ko maria.


Sakit tak pakai braces?

Gilo tak sakit, Kalau aku kata tak sakit nampak sangat la aku menipu. Kalau pakai braces ada beberapa kesan sakit yang akan di alami iaitu :



1. banyak ulcer
 
Ulcer nama jawanya ‘lumpangen’ akan memenuhi sekitar dalam mulut termasuk lidah dan bibir sampai terjuih woo, tahap kesakitan adalah seperti alah bisa tegal biasa sebab ulcer dah macam sahabat baik aku,pakai la ubat macam mana pun memang ulcer tu tumbuh segar bak cendawan lepas hujan tau kononnya.

2. Wire terlalu ketat
 
balik dari follow up aku akan merasakan kesakitan yang teramat sangat. Dentist akan ketatkan wire supaya gigi jadi rapat. Kesakitan ini tahap dewa di mana bergantung kepada tahap ketat wire itu. Rasa sakit dia tidak terkata tapi sekejap je, bila nak longgar wire tu dia tak sakit dah.

3.  Cabut gigi
 
Time cabut gigi aku sekadar merelakan apa sahaja dentist tu buat terhadap gigi aku, sampai terbangun-bangun dentist tu nak cabut gigi aku, aku nampak dia putar habis gigi aku tapi tak sakit sebab ada bius. Bius tu habis memang azab dia tidak boleh di kata dengan bleeding teruk.



Harga buat braces berapa?

Dekat sini aku nak ucapakan ribuan terima kasih pada abah aku yang tercinta kerana beliau yang menanggung kos braces aku ni, mahal memang mahal sebab aku buat dekat swasta hampir 4k juga la berhabis untuk gigi jonggang aku ni. Kalau buat dekat kerajaan murah tapi waiting list tu kena tunggu 2-3 tahun sebab ramai.



Penjagaan memakai braces?

Dentist tu akan bagi set penjagaan gigi yang betul, so senang la bagi aku, yang penting follow up bertindak mengikut arahan. pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so siap-siap la bawa floss atau kumur-kumur dengan air. Sekarang ni dekat Watson, Guardian semua ada set penjagaan untuk sesiapa yang pakai braces so mudah. Tetapi time nak gosok gigi kena gigih sedikit sebab bukan mudah nak gosok tempat-tempat yang berliku-liku macam tu, kalau malas memang mulut berbau dan sisa makanan pun tertinggal..geli la.



Malu tak pakai braces?

Kenapa nak malu, saya bangga jadi anak Malaysia yang memakai braces, malu masa gigi ronggak sebab seminggu kena tunggu lepas cabut gigi tu. Malu sebab orang panggil aku kakak gigi besi. Masa aku jonggang orang ejek-ejek dah pakai braces pun ada lagi orang yang hasad dengki ejek-ejek aku, sikap rakyat Malaysia yang sering merendahkan insan yang berbeza sedikit dari mereka semua, macam aku alien.


2 comments:

AinHinata said...

hehe..trus kuatkan semangat yayan..nnti dh cantik..semue meleleh tgk..ade x emel..akak nk kasi alamat rmh kwn2 akak..nk hntr kad kahwin kan..(:

Y A Y A N said...

yan dahh bg email dlm blog kak ain.