Monday, December 26, 2011

Say HOOOOOREY



Jemput semua datang majlis perkahwinan

AZEAN & NAZRIN

pada 1.1.2012

Thursday, December 22, 2011

Kenapa?




Kes-1

Sedang aku gembira dengan fasa baru nak jadi isteri nazrin, aku di datangi double happy dengan berita aku dah KPLI tetapi ntah dari mana kawa-kawan office ramai yang tahu sebab hanya hulubalang huda dengan pahlawan peja sahaja yang aku pancitkan cerita, rupanya pengarah ada cerita masa dalam meeting pengurusan so no wonder la depa semua ramai yang tahu.


Aku di hujani ucapan tahniah pelbagai version,

A : Tahniah yan ( ini ucapan yang paling banyak aku dapat)

B : Selamat pagi cikgu 

C : Elok ko pegi yan sebab jabatan kita close department

D : Dengar-dengar kata dapat jadi cikgu, tahniah.

E : Yan nak kemana, duduk je la sini nak jadi cikgu pulak.




tetapi 





F : yan dapat KPLI ke, ramai yang dapat KPLI keluar tak dapat jadi cikgu tau, ramai menganggur tau.

G : posting katmana (yan berkata result keluar 26 haribln, kementerian umumkan berjaya tapi penempatan dengan kursus yang ditawarkan pada 26 tu baru tahu kat mana)  laaaaaa tak dapat lagi ke? ingatkan dah dapat.

~ aku rasa orang E & F ini ada masalah emosi yang tinggi sehingga menyakitkan hati aku sedemikian rupa, aku salah apa sampai depa nak cakap aku macam tu, aku tak mintak ko ucap tahniah pada aku tapi aku mohon jangan sakitkan ati aku ~

~ aku duduk kat office nak bekerja bukan nak cari gaduh dengan orang, tapi ada sahaja orang yang dengki dengan aku, aku anggap officemate aku sumpah macam adik beradik, hubungan aku dengan semua staff baik-baik belaka tak pernah aku nak menyinggung hati sesiapa tetapi kenapa depa dengki dengan aku~






Kes-2

Lately hidup aku sangat gembira dengan fasa perkahwinan yang semakin hampir, suasana memberikan kad kepada officemate sangat meriah macam hari raya sebab depa semua sporting.  




tetapi




1 : yan tumbang lembu berapa ekor (yan berkata : 2 ekor), kalau seekor 3500 kalau 2 ekor dah 7000, kaya betul yan, banyak duit ko yan.

2. aiiii kad sekeping jek, jimat betul (yan berkata dalam hati kalau 35sen kali 2500 kad dah berapa ratus, kalau takat jemputan 200 ke 300 boleh la aku buat kad hard cover tebal macam tesis tu ada berhelai-helai)

2. laaaaa yan orang tg.karang ke, ingatkan orang KL, gaya macam orang KL (dahh tentu la mak bergaya nokkk datang office, tu bergaya ala-ala jek blom abis gaya lagi)

~ salah aku ke aku di lahirkan di tanjung karang, hello orang tanjung karang lagi kaya duit berkapok-kapok dalam bank, sawah padi ber ekar-ekar kebun kelapa sawit berjelar-jelar, so ada diskriminasi ke antara orang KL dengan orang tanjung karang, yang pasti orang tanjung karang ramai yang dah pergi haji, ko mampu?????

~ salah aku ke aku di lahirkan dengan ibu bapa aku yang punya duit banyak sampai boleh tumbang 2 ekor lembu tetapi duduk di tanjung karang.(motif)


selama ni aku duduk kat jabatan ni aku banyak bersabar, aku nak parking kat basement tak berani sebab aku bukan pandai sangat bawa kereta tapi orang perli aku cakap kereta aku besar sangat ke...subhanaallah tidak aku terlintas pun nak cakap kereta besar atau kecik. (hello itu saja kereta kecik yang aku ada, ko ada????)


Aku ulang alik tanjung karang orang cakap cukup ke gaji, duit minyak berapa hinggit balik tanjung karang (aku pakai duit ko ke untuk isi minyak kalau dah stesen minyak tu aku yang punya, ko ada stesen minyak???)

yerrrrrrrr memang aku orang senang walaupun aku duduk tanjung karang bukan duduk KL tapi aku sangat bersyukur sebab kekayaan yang allah beri pada keluarga aku tidak sikit pun membuatkan aku adik beradik dan whole family members aku berlagak dan takbur dengan kekayaan allah yang sementara ini (kaya atau miskin kubur 6 kaki sama gak jahhh)


Kami sekeluarga hidup beserderhana di tanjung karang walaupun ibu aku selalu cakap kalau ibu nak beli mercedes 2 bijik pun ibu mampu tapi tak perlu ibu aku cakap. ibu aku banyak bersedekah dan habiskan sisa hidup tua dengan beramal, satu hari nanti jika aku senang macam ibu mesti aku nak jadi macam ibu yng suka bersedekah, insyaallah sebab aku percaya lagi banyak kita memberi allah akan balas dengan berlipat kali ganda seperti ibu.



Aku nak semua orang sayang aku nak semua orang gembira dengan aku sebab aku sikit pun tak pernah dengki dengan sesiapa tapi kenapa ada orang macam ni, kakak aku selalu cakap mana-mana tempat sama saja, fine aku terima aku anggap je orang-orang macam tu orang-orang yang mempunyai sisi negatif.


Selama ni blog aku bersih suci dari cerita benda-benda lucah macam ni, aku suka cerita yang happy jek tentang aktiviti seharian tetapi jiwa aku memberontak nak cerita gak sebab aku dah lama bersabar, hampir setahun aku kat sini orang physico aku macam-macam tapi aku senyap jek, aku tahan sebab aku tak nak istihar perang lagipun jabatan kerajaan kecik macam ni kalau gadu buat selit gigi jek, one day akan bekerja bersama-sama gak, balik-balik hadap muka yang sama so buat apa nak gaduh-gaduh yer dakkk.


tamat kisah sedih aku tetapi ahhhh persetankan semua itu, yang penting aku happy, orang nak dengki pun bukan depa boleh dapat duit ibu ngan abah aku. huhuhu jom datang majlis kahwin aku lagi baik daaaaaa.





Monday, December 19, 2011

cikgu YAYAN




Alhamdulillah, akhirnya keputusan dah keluar, sedang aku sibuk menghadap skim SBPA yang baru yang memeningkan  medula oblongata aku ni tiba-tiba aku dapat sms :

MOE : Tahniah! Anda di tawarkan Latihan Perguruan bagi GSTT Ambilan Dis 2011 Mod Sepenuh Masa sila layari url bla bla bla.....

Percaya atau tidak sekarang baru aku percaya orang yang nak kawen tu jika betul pada jalannya allah mesti kurniakan rezeki yang melimpah ruah.


~Amin~




Thursday, December 15, 2011

TETAMU yang DIUNDANG



Oh yer hari ini tajuk kita adalah TETAMU atau GUESTS, minggu semakin sibuk dengan tugasan menghantar kad kepada rakan-rakan. Percaya atau tidak aku masih mengepos kad undangan kepada rakan-rakan yang jauh berbatu-batu walaupun laman sosial yang canggih bisa menjemput rakan dan taulan walau di hujung jari sahaja, masih ada lagi insan conventional (tradisional la jahhh) seperti aku ini ahhhh. masih adakah insan mengepos kad undangan kahwin seperti aku ~tidak perlu angkat tangan~

Rakan-rakan di kampung halaman akan aku cuba hantar by hand dengan tekun dan rajin, insyaallah minggu ni akan aku gagahkan juga. Nor akmal sari nama di beri, aku tak tahu kenapa aku nak sangat jemput musuh ketat aku masa primary school dulu, nama kawan-kawan panggil 'mamai' dah la pelat 'S' suka menyakitkan hati orang, tapi di hari bahagia aku nanti aku nak sangat 'mamai' hadir. 

Untuk kawan-kawan office semua dah complete tinggal bagi jek, ini pun aku akan gagahkan juga pergi dari meja ke meja mungkin pada hari isnin nanti, aku akan pastikan aku tak kan tinggalkan kad atas meja, aku nak jumpa face to face dan jemput dengan seikhlas hati.

Bekas anak murid dari minggu lepas dah call banyak kali bertanya bila kenduri kenapa tak jemput ~adoi~ sebab mak bapak depa semua dah dapat kad, so tunggu dalam minggu ni kita bisa ketemu ngobrol banyak-banyak ok, kepada adha and the geng dari smk seri tanjung semua aku dah settlekan awal-awal.

Rakan-rakan cikgu masa aku mengajar dulu dalam minggu ni juga aku akan bagi kad separuh aku dah bagi tinggal yang tak dapat jumpa tu aku bagi kat pentadbiran sekolah saja la ehhhh.

kepada rakan-rakan UiTM semua aku dah pos, akila aku mohon post kat facebook kad aku dah hantar ke kampung halaman masing-masing seperti dalam anual book masa kita konvo dulu, akila selaku ajk promosi aku kerah post kat wall facebook supaya rakan-rakan hadir ke majlis aku.

kepada yang aku TERlupa TERlepas pandang TERcicir jemput la datang pada majlis aku nanti walaupun tanpa kad, rumah aku halaman yang luas macam aku kerja kat LUAS mohon datang bersama keluarga ~motif nak cerita halaman rumah~

jemput semua 1.1.2012





Tuesday, December 13, 2011

banyak KERJA tapi hati BUNGA-BUNGA




Oh yer skim perkhidmatan awam yang terbaru ini membuatkan aku jadi sibuk, kalau tak sibuk pun aku akan buat-buat sibuk ( walaupun sibuk terapi menulis blog tetap aku teruskan, kalau internet nak di sekat kat ofice ni pun ada aku kisah )



sedang aku sibuk atau buat-buat sibuk aku terdengar lagu ini, tiba-tiba aku terus tengok gambar ini, walaupun aku sibuk dengan SBPA tapi aku tetap chill padahal dengan nak cuti lama dengan benda alah skim baru perkhidmatan ni, adoi seketul batu jatuh atas bahu. tapi yayan chill.

Tiba-tiba aku rasa cam best dengar lagu ni, macam siapa makan cili dia terasa pedas so bila dengar lagu ni macam baru lepas makan cili 2 bakul. Bait-bait lirik lagu ni macam ada kena mengena dengan situasi aku sekarang :~

Pasha Feat Adelia - Penghujung Cintaku

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu


~semoga terhibur~

Thursday, December 8, 2011

di LUAS di SEKOLAH



Sekarang aku tengah tunggu panggilan KPLI ambilan Nov/Jan 2012 khusus bagi Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT), aku dengar KPM sibuk membuat semakan dokumen permohonan. 3 Tahun aku menyemai cinta menjadi seorang guru di 3 buah sekolah. Macam-macam ragam melayan kerenah anak murid zaman sekarang, minat aku cenderung untuk bercakap dan aku seorang yang aktif so bila aku bekerja di LUAS ni aku menjadi lemau duduk dalam aircond menjadi pasif seperti hidup tidak normal.

Jadi cikgu aku sangat aktif sampai baju koyak( peristiwa jahit baju dalam kelas 3 Amanah, padah pakai kain ketat nak berjalan pun susah). Masa mengajar dulu aku seorang yang sangat di senangi oleh semua, tukang kebun, makcik kantin, pengawal keselamatan, pengetua, kakak-kakak kerani semua kenal aku sebab aku suka bercakap dan suka berkawan. Sampai sekarang aku dengan pengetua semua sekolah aku mengajar dulu selalu bertanya khabar. Kat LUAS ni pun aku baik dengan semua orang, clearner bisu pun aku boleh faham bila aku tegur depa. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Mana tahu rezeki nak kahwin aku dapat panggilan KPLI tu, kalau tak dapat aku duduk la di LUAS ni pun ok ,sebab aku sangat percaya dengan rezeki yang tuhan berikan, itu sahaja tazkirah pada hari jumaat ini.

ok bye.

Tuesday, December 6, 2011

Braces




Kenapa pakai braces?

Yer soalan cepu cemas nak jawab ni, 

sebab


sebab


sebab aku JONGGANG, fine aku seorang yang jonggang, sesiapa ada anak jangan bagi isap botol susu lama-lama dan jgn biasakan isap benda alah puting yang boleh gantung-gantung kat baju anak ko tu jahh. Fine kalau ko banyak duit berlonggok sila amalkan seperti di atas. Aku adalah orang pertama yang pakai braces masa dekat sekolah dulu, trendsetter gak aku ni sebab masa aku form5 anak pengetua si cikgu maimon tiru-tiru aku pakai braces. kelasssss ko maria.


Sakit tak pakai braces?

Gilo tak sakit, Kalau aku kata tak sakit nampak sangat la aku menipu. Kalau pakai braces ada beberapa kesan sakit yang akan di alami iaitu :



1. banyak ulcer
 
Ulcer nama jawanya ‘lumpangen’ akan memenuhi sekitar dalam mulut termasuk lidah dan bibir sampai terjuih woo, tahap kesakitan adalah seperti alah bisa tegal biasa sebab ulcer dah macam sahabat baik aku,pakai la ubat macam mana pun memang ulcer tu tumbuh segar bak cendawan lepas hujan tau kononnya.

2. Wire terlalu ketat
 
balik dari follow up aku akan merasakan kesakitan yang teramat sangat. Dentist akan ketatkan wire supaya gigi jadi rapat. Kesakitan ini tahap dewa di mana bergantung kepada tahap ketat wire itu. Rasa sakit dia tidak terkata tapi sekejap je, bila nak longgar wire tu dia tak sakit dah.

3.  Cabut gigi
 
Time cabut gigi aku sekadar merelakan apa sahaja dentist tu buat terhadap gigi aku, sampai terbangun-bangun dentist tu nak cabut gigi aku, aku nampak dia putar habis gigi aku tapi tak sakit sebab ada bius. Bius tu habis memang azab dia tidak boleh di kata dengan bleeding teruk.



Harga buat braces berapa?

Dekat sini aku nak ucapakan ribuan terima kasih pada abah aku yang tercinta kerana beliau yang menanggung kos braces aku ni, mahal memang mahal sebab aku buat dekat swasta hampir 4k juga la berhabis untuk gigi jonggang aku ni. Kalau buat dekat kerajaan murah tapi waiting list tu kena tunggu 2-3 tahun sebab ramai.



Penjagaan memakai braces?

Dentist tu akan bagi set penjagaan gigi yang betul, so senang la bagi aku, yang penting follow up bertindak mengikut arahan. pakai braces, makanan senang terlekat kat brackett, so siap-siap la bawa floss atau kumur-kumur dengan air. Sekarang ni dekat Watson, Guardian semua ada set penjagaan untuk sesiapa yang pakai braces so mudah. Tetapi time nak gosok gigi kena gigih sedikit sebab bukan mudah nak gosok tempat-tempat yang berliku-liku macam tu, kalau malas memang mulut berbau dan sisa makanan pun tertinggal..geli la.



Malu tak pakai braces?

Kenapa nak malu, saya bangga jadi anak Malaysia yang memakai braces, malu masa gigi ronggak sebab seminggu kena tunggu lepas cabut gigi tu. Malu sebab orang panggil aku kakak gigi besi. Masa aku jonggang orang ejek-ejek dah pakai braces pun ada lagi orang yang hasad dengki ejek-ejek aku, sikap rakyat Malaysia yang sering merendahkan insan yang berbeza sedikit dari mereka semua, macam aku alien.


Sunday, December 4, 2011

REVIEW FILEM : OMBAK RINDU

ini first time aku buat review filem sebab ini lah filem yang sangat-sangat aku tunggu, booking tiket baru dapat tengok jah hoi memang full jek manjang.

~ mula-mula aku kurang yakin maya karin dapat bawa watak ezzah ni dengan baik sebab muka pan-asia dia tu macam tak sesuai je dengan watak ezzah yang kedesaan tapi sebab dia boleh buat aku menangis so aku mafkan la muka pan-asia dia tu.

~ mila si lisa surihani tu kenapa seksi sangat, lisa tak sesuai bawa watak perempuan garang, bila nak marah mesti ketap gigi kemudian buntangkan mata kemudian kerut dahi, hello marah mesti macam tu mehhhh. mekap lisa pun agak ke laut sebab lisa cantik kalau mekap biasa-biasa jek.

~ emak haris si azizah mahzan tu kalau yer pun pangkat dato tak payah la sleng cakap nak western tapi tak berapa nak western sangat tu, orang yang pangkat dato pun belum tentu cakap macam tu di dunia realiti ini.

~hariss oh harris, memang terbaik la aron aziz ni, dalam cerita ini ada part-part yang kelakar walaupun time tu haris sedang marah, part dia romantik dengan ezzah memang terbaik sampai b pun berkata :

b: isteri arron aziz tu tak marah ke dia peluk-peluk macam tu
yayan: dah nama pun berlakon

~ tudung si ezzah tu terlalu kedesaan sangat, zaman sekarang cakap jek nak tudung apa, ariani, ariana,arianu semua pun ada, lagi comel kalau ezzah pakai tudung yang trend terkini, tapi aku kurang pasti pulak ini filem zaman bila, agaknya dia nak buat filem umpama dalam tahun 1990 kot tu yang tudung jadi macam tu.

~dalam filem ni memang ada beza sikit seperti dalam novel, gila ko jahh nak ikut macam novel sangat, kalau ikut novel sangat mau ambil masa 5 hingga 6 jam baru sama mcam dalam novel kot, mustahil.

~ lagu dalam filen ombak rindu ni memang aku bagi rate 10/10, terbaik dari ladang lagu ni jahh hoi.


p/s: sila bawa tisu sewaktu menonton filem ini. ~semoga terhibur~