Thursday, November 3, 2011

ibadah HAJI telah tiba lagi



Aidiladha tahun 2006, ibu dan abah aku mengerjakan haji, sedih woooo.  
Mesti la sedih berpisah sementara walaupun mereka kesana menjadi tetamu Allah, along di amanahkan untuk menjaga rumah kerana adik aku 2 orang lagi masih bersekolah dan mira adik yang bongsu baru darjah 3, ketika di Kelana Jaya ibu aku dok la menangis2 kat adik aku mira tu sebab dia terlalu kecil untuk di tinggalkan berbatu-batu jauhnya nak-nak anak bongsu.

time tu 1st time aku nampak abah aku menangis bagai orang putus cinta..kihkihkih abah aku yang ala-ala superman tu menangis jahhhh, siap pesan kat nenek aku sambil menangis berjurai-jurai suruh jaga mira, aik aku ni tak perlu di jaga mehhhh, tapi aku faham sebab mira memang terlalu kecil time tu.


sewaktu takbir berkumandang rasa sayu sebab 1st time beraya tanya orang tua, rasa macam hidup tidak bermakna wooooo. nasib baik ada nenek yang mencinta dan sedara-mara yang caring about kami adik beradik yang tidak punya orang tua buat sementara waktu ini. pehhhh memang pilu.
tapi time ni la baru nampak yang jiran sekeliling ambil berat tiap-tiap petang datang jenguk adik aku, jiran yang jauh-jauh datang ziarah mcm mana kami beraya siap bawa lauk pauk macam tau-tau jek kami tak masak, selalu menu ibu yang paling heaven sekali tapi time tu tiada lagi..sob sob sob sob....


insyaallah aidiladha tahun ini, family aku buat ibadah korban untuk adik aku 2 orang dan untuk arwah atuk dan nenek aku...mesti meriah rumah aku nanti..tu la first time aku dengan adik beradik aku sambut aidiladha tanpa ibu dan abah..hargai lah orang tua kalian sementara mereka masih ada di dunia ini.




No comments: