Thursday, November 24, 2011

Aku dan CERMIN MATA

Bila tuhan anugerahkan aku penyakit rabun aku masih bersyukur sebab rabun aku masih lagi dalam tahap ayam-ayam (merujuk kepada peribahasa rabun ayam).

Adakah penyakit rabun ini penyakit keturunan kerana adik beradik aku juga memakai cermin mata tapi bukan kategori ayam-ayam tapi kategori kronik terutama adik aku tu, kalau pandang orang kecik besar kecik besar katanya.


Kalau dah nama rabun cermin mata mesti menjadi koleksi,cuba tanya mana-mana yang bercermin mata mesti ada koleksi punya, koleksi cermin mata aku kira-kira ada 10 tapi yang masih tersimpan rapi sehingga kini ada 6, yang lain missing/lose/disappeared.


Yang ini bingkai hitam di antara koleksi terawal berkaca mata melalui usia remaja, bajet budak UiTM so kelihatan angkuh memakai cermin mata berbingkai tebal ini.




Yang ini bingkai warna pink, aku jarang pakai sebab whole family members kata aku kelihatan seperti budak sindrom down dengan cermin mata, rupanya baru aku tahu budak-budak kecik yang berpenyakit seperti itu memakai cermin mata bingkai pink rupanya.





Cermin mata putih, ada berani ke? ko mampu pakai cermin mata putih dari jauh pun orang boleh nampak hoi. ini adalah cobaan berani aku memakai cermin mata putih.




Ciri-ciri seorang guru dengan memakai cermin mata tanpa bingkai, dulu jadi cikgu so kena la berpenampilan seperti cikgu Senah alahai berlenggang lenggok, tapi risiko besar adalah cermin mata tanpa bingkai ini mudah patah jika tidak menjaga dengan betul.




Yang ini cermin mata bingkai separuh, aku rasa aku kelihatan angkuh bila memakai cermin mata bingkai separuh ini, seperti nyonya mansor dalam cerita labu labi.






Yang ini bingkai penuh dan tebal, agak comel di situ kononnya laaaaaa. ini koleksi musim panas atau sejuk boleh di pakai di malaysia dengan iklim katulistiwa.



sekian terima kasih.




8 comments:

juanz said...

bajet hot ke pakai spek tkr2 tu? spek mak tiri mana? hahaha.....

Y A Y A N said...

bukan hot tapi diva ok, sibuk la serindit ni..

peja said...

bajett cun melecunn la 2

Y A Y A N said...

ni siapa yg dengki ni hoi...ada unsur-unsur dengki di situ..

juanz said...

tiada unsur dengki disitu occay....cume unsur kondem mengondem jer....uhuk2.....

peja said...

ahahahhahahah,,....x baikk kondem2 org...hak individu la nk wat ape punnn...jnji x kacoo hidup korg,,, x mintakk duit korg udah le....:)

Y A Y A N said...

betul sgt dahhh tu...

juanz said...

alaaa.... gurau je pown peja.... adoi! jd hot plak entry nih. Yayan comei x marah kan? kan? kan? oklah tu.... i like ur style..... peace!