Thursday, November 24, 2011

Aku dan CERMIN MATA

Bila tuhan anugerahkan aku penyakit rabun aku masih bersyukur sebab rabun aku masih lagi dalam tahap ayam-ayam (merujuk kepada peribahasa rabun ayam).

Adakah penyakit rabun ini penyakit keturunan kerana adik beradik aku juga memakai cermin mata tapi bukan kategori ayam-ayam tapi kategori kronik terutama adik aku tu, kalau pandang orang kecik besar kecik besar katanya.


Kalau dah nama rabun cermin mata mesti menjadi koleksi,cuba tanya mana-mana yang bercermin mata mesti ada koleksi punya, koleksi cermin mata aku kira-kira ada 10 tapi yang masih tersimpan rapi sehingga kini ada 6, yang lain missing/lose/disappeared.


Yang ini bingkai hitam di antara koleksi terawal berkaca mata melalui usia remaja, bajet budak UiTM so kelihatan angkuh memakai cermin mata berbingkai tebal ini.




Yang ini bingkai warna pink, aku jarang pakai sebab whole family members kata aku kelihatan seperti budak sindrom down dengan cermin mata, rupanya baru aku tahu budak-budak kecik yang berpenyakit seperti itu memakai cermin mata bingkai pink rupanya.





Cermin mata putih, ada berani ke? ko mampu pakai cermin mata putih dari jauh pun orang boleh nampak hoi. ini adalah cobaan berani aku memakai cermin mata putih.




Ciri-ciri seorang guru dengan memakai cermin mata tanpa bingkai, dulu jadi cikgu so kena la berpenampilan seperti cikgu Senah alahai berlenggang lenggok, tapi risiko besar adalah cermin mata tanpa bingkai ini mudah patah jika tidak menjaga dengan betul.




Yang ini cermin mata bingkai separuh, aku rasa aku kelihatan angkuh bila memakai cermin mata bingkai separuh ini, seperti nyonya mansor dalam cerita labu labi.






Yang ini bingkai penuh dan tebal, agak comel di situ kononnya laaaaaa. ini koleksi musim panas atau sejuk boleh di pakai di malaysia dengan iklim katulistiwa.



sekian terima kasih.




Sunday, November 20, 2011

Lompat-lompat kemudian PANIC

Alhamdulillah.


Kad jemputan dah siap hasil teman-teman yang banyak membantu ada di sini . Kad jemputan aku paling simple sebab aku tak nak memperuntukkan kad kawen yang mahal-mahal lepas baca orang buang dalam tong sampah lagi pun kuantiti banyak hoi senah dua ribu lebih pieces.

Borang kebenaran untuk menikah pun JAIS dah luluskan, sekarang rasa macam nak jerit satu dunia hoi aku nak kahwin hoi, rasanya perkara-perkara wajib semua sudah settle, lepas ni hari hujung minggu adalah hari untuk menghantar kad jemputan, posto posto aku nak bg by hand pada rakan-rakan yang rapat so watch out dude.

Sekarang sudah excited

...



...




...

Lepas tu panic.

tapi aku  sangat bersyukur sebab majlis perkahwinan aku nanti di bantu oleh keluarga yang sangat dicintai. Pihak-pihak yang berwajib seperti adik beradik dan sedara-mara yang banyak sponsor itu dan ini.Auww aku nervous ni. Nanti akad nikah mesti tak boleh control perasaan. Pasti aku akan menangis bersungguh-sungguh. 



Wednesday, November 16, 2011

saya dan PENYAKIT


Ya allah dugaan apakah ini,
saya (tukar ganti nama diri aku kepada saya keran ini entry simpati)

saya nak kahwin tetapi saya telah mengalami penyakit sembelit.


ok fine anda semua boleh gelak berguling-guling dengan penyakit saya ini kerana kedengaran begitu kotor penyakit saya ini, kawan-kawan bilang makan papaya banyak-banyak (ok fine huda al-jarumi ada belikan papaya tapi saya belum bayar duit papaya itu kerana sebarang hutang akan saya ingat, maafkan saya) kawa-kawan bilang makan banana banyak-banyak (ok fine anis ada bagi pisang bawa dari kampung) tapi



tapi




tapi


masalah sembelit masih melanda, apakah penyakit ini, sakit perut den ni tapi kenapa kau najis tidak mahu keluar sungguh najis kau ciss. Oh ubat dari klinik ajwa (oh klinik panel terima kasih tetapi tolong jangan charge harga mahal-mahal kerana duit peruntukan klinik panel saya tinggal 80 hinggit, p/s kepada anis sila topup selepas 1.12.2012 huhuhu) ubat itu seperti kurang membantu.


saya nak kahwin mohon allah bantu menyembuhkan penyakit saya ini, saya tidak bisa kerja dengan aman tidak bisa berjoli bershopping hujung minggu dengan aman, tidak bisa pergi kenduri kahwin kawan-kawan dengan aman (oh minggu ni rumah zalaila) dengan aman jika penyakit ini melanda.


saya nak makan pun takut-takut kerana takut makanan tersebut menyebabkan kekerasan di dalam sistem penghadaman seterusnya membuatkan sistem pencernaan tidak stabil (oh saya seperti pelajar sains yang mendapat straight A setiap kali exam).


masalah sembelit ini menyebabkan perut saya buncit, yer sila gelakkan kerana perut saya buncit sedangkan majlis pernikahan semakin hampir. tidak............



ya allah bantu aku ya allah...



Thursday, November 3, 2011

ibadah HAJI telah tiba lagi



Aidiladha tahun 2006, ibu dan abah aku mengerjakan haji, sedih woooo.  
Mesti la sedih berpisah sementara walaupun mereka kesana menjadi tetamu Allah, along di amanahkan untuk menjaga rumah kerana adik aku 2 orang lagi masih bersekolah dan mira adik yang bongsu baru darjah 3, ketika di Kelana Jaya ibu aku dok la menangis2 kat adik aku mira tu sebab dia terlalu kecil untuk di tinggalkan berbatu-batu jauhnya nak-nak anak bongsu.

time tu 1st time aku nampak abah aku menangis bagai orang putus cinta..kihkihkih abah aku yang ala-ala superman tu menangis jahhhh, siap pesan kat nenek aku sambil menangis berjurai-jurai suruh jaga mira, aik aku ni tak perlu di jaga mehhhh, tapi aku faham sebab mira memang terlalu kecil time tu.


sewaktu takbir berkumandang rasa sayu sebab 1st time beraya tanya orang tua, rasa macam hidup tidak bermakna wooooo. nasib baik ada nenek yang mencinta dan sedara-mara yang caring about kami adik beradik yang tidak punya orang tua buat sementara waktu ini. pehhhh memang pilu.
tapi time ni la baru nampak yang jiran sekeliling ambil berat tiap-tiap petang datang jenguk adik aku, jiran yang jauh-jauh datang ziarah mcm mana kami beraya siap bawa lauk pauk macam tau-tau jek kami tak masak, selalu menu ibu yang paling heaven sekali tapi time tu tiada lagi..sob sob sob sob....


insyaallah aidiladha tahun ini, family aku buat ibadah korban untuk adik aku 2 orang dan untuk arwah atuk dan nenek aku...mesti meriah rumah aku nanti..tu la first time aku dengan adik beradik aku sambut aidiladha tanpa ibu dan abah..hargai lah orang tua kalian sementara mereka masih ada di dunia ini.




Wednesday, November 2, 2011

mereka seperti WEDDING PLANNER saya


Akhirnya siap sticker label balang souvenir aku ini, thanks Musaddiq Azahari krafsyiar.design yang sanggup melayan kerenah aku tukar design itu dan ini, tak puas hati gambar la tulisan la warna la besarkan la (buat sendiri la woi huhuhu), walaupun aku ada basic grafik tapi sebab tempat ini yang yang cetak so tolong design la sekali alang-alang korang buat kerja kan.huhuhuhu.



cer teka cer teka aku tengah buat apa? isi borang kawin kah? 

jawapan nya adalah 

....



....



....
 
buat kad jemputan la senah oiiiii




huda al-jarumi

mereka berdua ni la konon-konon wedding planner  tolong pilih kad untuk aku, dah la aku puasa tak jumpa pulak kedai kad ni, sudah nya huda al-jarumi orang kajang gak yang tunjuk jalan, peja lalala orang banting pun tak tahu jalan klang ni...ayoooooo apa pun tak boleh peja ni.


Depa berdua ni banyak tolong aku tau, asal hari jumaat jek akan temankan aku cari barang-barang kawin start aku nak bertunang dulu asyik temankan aku pergi cari bunga la cari riben la, kalau korang rimas sila email aku ehh takpun masukkan dalam mesyuarat aduan kerana korang rasa terganggu dengan urusan tidak rasmi aku ni. huh......


Apa pun aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana you olls sudi temankan si darah manis ini menguruskan saki baki yang belum terlaksana bagi majlis perkahwinan aku ini. Terima kasih lagi sekali tau, nanti aku akan calonkan korang tokoh bulanan ehhh huda bulan november peja bulan disember ehhh adil toksah gado-gado aku vote korang siap dengan pengundi hantu.


peja lalala