Thursday, October 20, 2011

kenapa DIA




Kalau kawan-kawan tanya macam mana aku boleh bertunang dan bakal bernikah hujung tahun ini dengan dia,  jawapan klise yang selamat adalah 'dah jodoh'.

Sebenarnya b dah lama aku kenal sejak zaman sekolah lagi, namun tiada jodoh hubungan kami setakat rakan biasa sahaja. 

Semua berlaku terlalu pantas dan mudah mungkin kerana sudah jodoh kami berdua. Semua berlaku sewaktu majlis pertunangan kawan baik aku iaitu akila di seremban. 

Aku minta b temankan aku ke rumah akila lagipun aku dah lama tak drive jauh-jauh macam tu, so b pun temankan aku di temani sahabat beliau mr.jiwang. ketika itu pelbagai babak dan drama yang berlaku sewaktu di bagan lalang sepang sebab b plus mr.jiwang memang huru hara jadinya.

Mengenali b walaupun dalam tempoh perkenalan singkat sedikit pun tidak mendatangkan masalah kepada aku kerana aku cukup selesa dengan sikap b ketika itu walaupun pada awalnya b sukar 'dijinakkan'. 

Kalau aku cerita pada kawan-kawan sekolah pasti kawan-kawan aku terperanjat kerana b yang aku kenal tidak seperti yang rakan-rakan kenali, serius b bukan begitu orangnya, pada dasar b seorang yang sangat pemalu.

Mungkin tuhan nak tunjuk yang b adalah jodoh aku, kerap berlaku babak setiap kali aku memerlukan bantuan pasti b sentiasa ada untuk membantu aku.

Pecaya atau tidak orang-orang ada berkata
setepek tepat kena kat muka aku perumpamaan tu. Kawan-kawan selalu cakap masa sekolah aku sering bergaduh dengan b, sumpah aku sudah lupa zaman sekolah dulu, tapi yang aku ingat memang aku menyampah tahap putus kawan dengan b sebab b pernah sakitkan hati aku dulu sehingga kan kawan-kawan ajak beraya rumah b sanggup aku boikot.

Kadang-kadang rasa kelakar, tapi sudah tertulis jodoh aku bersama b. lagipun yang paling utama ibu dan abah aku merestui hubungan kami berdua, sehinggakan sewaktu kami masih berkawan sekiranya hendak keman-mana ibu akan memberikan green light minta b temankan aku, dari situ aku nampak ibu percaya terhadap b. sewaktu majlis kawin akila ibu yang minta b temankan aku ke seremban so trip ke seremban lagi.huhuhu

Apa-apa pun aku gembira bersama b walaupun gaduh kecil-kecil tu biasa, dan sepupu aku pika,syada afla,asan pernah secara live tengok aku bergaduh dengan b tapi itu semua hanya babak sebabak yang tidak menimbulkan kudis pun dalam hubungan kami. b seorang yang cukup penyabar, kalau tak percaya tanya b macam mana sengal perangai aku.

TAMAT (novel akhirnya aku kahwin)


lalalalala.................




3 comments:

Achik_Huda said...

alalalalala....sweetnye kisah cinta ko....

Y A Y A N said...

awk bila nak bercinta?
tettttt lari..........

Achik_Huda said...

jgn la tanye sy soalan macam tu..buat saya rase sedihhh... =(