Thursday, October 27, 2011

ENTRY geli-geli

   

    Di  waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

    Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

    Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya

    Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu

    Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu

    Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu

    Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.

p/s: kredit to huda al-jarumi kerana terlalu banyak ayat-ayat geli berbunga cinta ini dia bagi kepada aku al maklum la sedang berbunga-bunga hatinya tuu

ewahhhhh...



Wednesday, October 26, 2011

ATLET sukan

Ohh yerr tajuk nak best, yerr saya bekas atlet sukan bukan sukan angkat berat yerr, saya bekas atlet bola jaring, acara balapan takat main kejar-kejar tu memang takde masalah siap kejar-kejar tukar baton.





pink dengan hidup aku memang tak boleh nak di pisahkan, bersukan pun nak pink saja, melencong sekejap baju nikah dah siap pink juga ok...



i






Sebenarnya aku main futsal ni sekadar suka-suka ofis buat tournament so join la lagipun lama bebenor tak main nye, pesan ibu jangan main suka-suka sangat kena beringat, teringat peristiwa 5 tahun lepas tisu tumit kaki koyak sebab futsal punya pasal...ngeri....................

Dulu aku kasar main futsal pun stok nak sepak terajang kaki orang, main bola jaring tarik2 rambut bergaduh tak puas hati, sekarang tidak lagi sebab dah berumur (harap maklum umur saya 25 tahun)




Thursday, October 20, 2011

kenapa DIA




Kalau kawan-kawan tanya macam mana aku boleh bertunang dan bakal bernikah hujung tahun ini dengan dia,  jawapan klise yang selamat adalah 'dah jodoh'.

Sebenarnya b dah lama aku kenal sejak zaman sekolah lagi, namun tiada jodoh hubungan kami setakat rakan biasa sahaja. 

Semua berlaku terlalu pantas dan mudah mungkin kerana sudah jodoh kami berdua. Semua berlaku sewaktu majlis pertunangan kawan baik aku iaitu akila di seremban. 

Aku minta b temankan aku ke rumah akila lagipun aku dah lama tak drive jauh-jauh macam tu, so b pun temankan aku di temani sahabat beliau mr.jiwang. ketika itu pelbagai babak dan drama yang berlaku sewaktu di bagan lalang sepang sebab b plus mr.jiwang memang huru hara jadinya.

Mengenali b walaupun dalam tempoh perkenalan singkat sedikit pun tidak mendatangkan masalah kepada aku kerana aku cukup selesa dengan sikap b ketika itu walaupun pada awalnya b sukar 'dijinakkan'. 

Kalau aku cerita pada kawan-kawan sekolah pasti kawan-kawan aku terperanjat kerana b yang aku kenal tidak seperti yang rakan-rakan kenali, serius b bukan begitu orangnya, pada dasar b seorang yang sangat pemalu.

Mungkin tuhan nak tunjuk yang b adalah jodoh aku, kerap berlaku babak setiap kali aku memerlukan bantuan pasti b sentiasa ada untuk membantu aku.

Pecaya atau tidak orang-orang ada berkata
setepek tepat kena kat muka aku perumpamaan tu. Kawan-kawan selalu cakap masa sekolah aku sering bergaduh dengan b, sumpah aku sudah lupa zaman sekolah dulu, tapi yang aku ingat memang aku menyampah tahap putus kawan dengan b sebab b pernah sakitkan hati aku dulu sehingga kan kawan-kawan ajak beraya rumah b sanggup aku boikot.

Kadang-kadang rasa kelakar, tapi sudah tertulis jodoh aku bersama b. lagipun yang paling utama ibu dan abah aku merestui hubungan kami berdua, sehinggakan sewaktu kami masih berkawan sekiranya hendak keman-mana ibu akan memberikan green light minta b temankan aku, dari situ aku nampak ibu percaya terhadap b. sewaktu majlis kawin akila ibu yang minta b temankan aku ke seremban so trip ke seremban lagi.huhuhu

Apa-apa pun aku gembira bersama b walaupun gaduh kecil-kecil tu biasa, dan sepupu aku pika,syada afla,asan pernah secara live tengok aku bergaduh dengan b tapi itu semua hanya babak sebabak yang tidak menimbulkan kudis pun dalam hubungan kami. b seorang yang cukup penyabar, kalau tak percaya tanya b macam mana sengal perangai aku.

TAMAT (novel akhirnya aku kahwin)


lalalalala.................




Tuesday, October 11, 2011

POTLUCK lagi



Raya dah lama berlalu makan-makan tetap di teruskan jah, kalau bab makan aku memang laju seronok sebenarnya makan ramai-ramai ni padahal aku bukan makan sangat pun sebab tangki kecik, oleh sebab aku bujang, so kalau office buat potluck aku just bawa sandwich, fruit tart yang ringkas dan menunjukkan identiti bujang tu, lalalalala....gila ko jahh nak buat sambal tumis ikan bilis takde kepala masak pukul 4 pagi untuk potluck.





potluck kali ni aku bergabung menyediakan KOKTAIL dengan team bujang iaitu huda aljarumi,peja lalala dan mass LV ~ promosikan kawan-kawan yang bujang nampaknya hahahaha ~

tahap kebersihan mereka membuat koktail ni aku kurang pasti sebab aku tengok peja selamber guna gigi buka jelly tu. pantry office bukan macam dapur mak kat rumah jah hoi.....





taraaaaa...............
ini koktail bukan masak lodeh OK.





Alhamdulillah koktail habis dimakan sehinggakan masak lodeh dengan koktail pun orang tak boleh beza, kedesaan betul orang tu...hahahaha










Tuesday, October 4, 2011

POSTMORTEM majlis pertunangan


kadang-kadang bila free (macam takde keje) aku memang suke tengok gambar-gambar majlis pertunangan aku pada 5.6.2011 yang lalu. so aku pun komen la mana-mana yang aku rasa nak komen.






goodies ni hasil idea aku dan aku buat sendiri ok,  sibuk pergi outdoor aku terlupa nak pesan pada akak aku supaya bagi pada sedara mara yang datang tapi balik-balik aku tengok dahh takde ~ambil sendiri letewww,bagus~





sebenarnya tak plan pun nak ambil gambar outdoor ni, saja suka-suka ambil.







time ni aku feeling-feeling kat balkoni dan lambai pada peminat yang datang hahahahaha.ko ada?






yang ini pulak, kenapa aku pegang tangan aku sendiri????? jawapannya adalah aku nervous tahap menggeletar seluruh badan hoi, so nak cover menggeletar tu kena laaa buat seperti di atas. cuba laaaa...







ini adalah idea kreatif sumbangan sepupu aku sebab mengikut plan mereka adik beradik nak sponsor coklat yang ditempah kat blog, sudahnya coklat tak dapat delivered pada masanya. malam tu aku tengok bersungguh-sungguh mereka adik beradik membuatnya,terharu tengok sebab terlalu comel so sebiji jelly telah di cilok so piramid menjadi tak berapa piramid laaaa senah hoi..





ini baju yang sangat aku suka, tang lengan tu kurus jek mengikut size tangan aku, sepupu aku akak aku pun tak muat ok, so baju ini memang di cipta khas untuk aku, thanks hata sebab buat baju dengan santek sekali. kalau ada sesiapa nak pinjam silakan lah, itu pun kalau muat....lalalalala





aku paling tak sangka b nak join ambil gambar time ni, n paling tak sangka b sporting nak berposing bagai...






macam mana la artis-artis boleh bertahan mekap tebal-tebal lama-lama sedangkan aku 2jam setengah hata conteng-conteng muka sampai aku cakap dengan hata cukup-cukup la sebab aku boring dan penat.