Wednesday, September 28, 2011

bakat TERBENAM


Bakat terpendam, pernah dengar? tapi ini lah hasil bakat TERBENAM aku. aku bantu unit ICM buat banner untuk program hari sabtu nanti.belajar 5 tahun ini lah hasil yang aku tuntut. kalau pensyarah aku  tengok mau degree aku di tarik balik sebab simple sangat dan tiada unsur-unsur kreatif. MALU...........

Sunday, September 25, 2011

RAYA di LUAS

meja lemang hangit menang banyak hadiah, tak percaya tengok kat bawah tu kan banyak hadiah


yayan & mass penyampai pada hari itu ~lipstik merah jangan marah ko jahhh~


big thanks to BABY & UCUK sebab sporting sangat korang berduet bersama. hambik hadiah untuk u olls...




bertuah betul aku pada hari itu ~dapat cabutan bertuah~


duit raya bagi dalam ketupat ~opis ko ada,hahaha???


bos jeling-jeling macam nak hadiah je,sebenarnya ini hadiah untuk pesara.

kalau bab makan abaikan rakan-rakan disekeliling dan jurugambar yang ada.

anis,su dan hadi ~hadi cakap kenapa aku tak pakai tudung lilit2,jawapan aku adalah sila rujuk link di sini

pose cekak pinggang..ko ada????

Thursday, September 22, 2011

3 months before the WEDDING



Alhamdulillah,

pejam celik pejam celik hope dapat celik sehingga the end, bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman ada beberapa bab yang sudah sempurna ANTARANYA :-

1.gelang batalkan air sembahyang -DONE


2.baju nikah -DONE ~design princess cutting~

3.baju bersanding - design dah bagi pada Hata inspirasi dari ashraf muslim punya baju bersanding

4.souvenir -tunggu katering selera tradisi bagi sampel kek dan harga
                - terima kasih colin tunjuk tempat jual kismis tu

5.pelamin - design dah bagi pada hata

6.HIV test pra-perkahwinan - DONE ~sufia tipu kata ambil darah sampai satu tiub~

7.borang-borang nikah - tunggu b punya approve dulu baru aku isi

8.kad kahwin - bulan depan macam nice jek untuk ditempah

9.fotographer - b yang uruskan

10.dekorasi bilik - hata uruskan,aku sekadar cari cadar

11. list nama kawan-kawan - DONE





Thursday, September 8, 2011

RAYA bersama

ini acara wajib tiap kali datang raya, RAYA BERSAMA,awak tau?






sudah tentu aku akan join kengkawan yang GENG dengan aku, awak tau?





Time raya macam ni la nak buka cerita setiap kengkawan yang ada, time ni la nak kenakan kwn sampai merah-merah muka.




Rumah wajib pergi rumah ayah faham, kalau ada kartini tu faham-faham sendiri la.





tahun ini agak meriah sebab insan-insan baru dalam hidup kawan-kawan aku wujud, semua stok nak naik pelamin.


Insyaallah raya tahun hadapan kalau panjang usia kita berSAMA lagi....





Monday, September 5, 2011

raya DATANG lagi

atas bantuan uncle google aku dapat kad raya ni,dalam banyak2 gambar aku tertarik dengan kad raya di atas, simple but nice. kad raya di atas mewakili diri aku kepada semua.


from myself, dari hujung rambut ke hujung kaki,

Maaf Zahir Dan Batin & Happy Independance Day Malaysia