Sunday, July 3, 2011

KURSUS dan PROGRAM yang banyak

hari ini hari penat sedunia baru balik KURSUS 3 hari dekat TROLAK sungkai perak. badan aku

dah macam nenek kebayan reput-reput tulang, tapi best. aku rasa dah terlebih kursus 7 hari

untuk penjawat awam dah ni, memang terlebih-lebih dah ni, lepas ni bagi la orang lain yang

dahagakan KURSUS . Dari awal Mei memang tiap-tiap minggu ada sahaja program dan kursus,

bekas atlit angkat berat macam aku ni mana la boleh duduk diam, rasanya memang secocok la

aku kerja kat Luas ni, banyak program dan aktiviti yang menyeronokkan (sambil mengangkat

kedua-dua tangan dan letak di atas bahu)




~program kesedaran Air di Bukit Sentosa~




aku MC pada hari itu feat ishak, semua berjalan dengan lancar



sesi rehearsal, tapi tetap ada terkucil sedikit, aku nak bagi penjelasan di sini sedikit, oleh sebab aku memakai braces kadang-kadang nak sebut perkataan tu ada payah sedikit, tak percaya cuba tanya sapa-sapa yang pakai pendakap macam aku.




~ program qua-qua bersama Yayasan Salam~

aku MC bidan terjun sebab tiba-tiba noh kena balik pulak, aku orait jek





aku sangat suka dengan program qua-qua ni, tak percaya tanya ibu aku.




di sebelah aku nizam ~nizam boleh settle semua~..hahahaha




~kursus Fail Meja~

MC lagi, tapi sebab kursus ni penuh dengan kontroversi so memang hot gila majlis ni, tapi tak apa, aku tak nak komen apa-apa, kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi




aku dengan sufia posing tak hengat



next kursus

~Kursus Kawen 9 dan 10 julai 2011~

wahh kursus lagi............haaaaaaaaa semput (tagline sepah maharajalawak)

2 comments:

juanz said...

As salam..... woit! yayan... apsal x letak icon followers? i nak follow nih...

from : abang di-dit....

afzam said...

like2...SUDAH ADA..