Sunday, June 12, 2011

lagi SEKITAR MAJLIS saya











ala-ala PRE-WEDDING

wahh orang bertunang ambil gambar outdoor, ada aku kisah...



sempat gak lepas majlis tamat aku ambil gambar kat lua. ibu pesan jangan lama-lama sebab dah petang, so layan jek laa...



dah macam kayu aku tengok gambar ni ~tak suka~



~fasha penat fasha nak sandar~ lalalala



orang kuat sepanjang outdoor berlangsung ~syada afla~



thanks b sebab sporting pada hari itu




pika yang sakit kaki pun di paksa turun padang, terima kasih banyak-banyak




tidak dilupa hasan selaku 'penangkap cahaya' , jutaan terima kasih




ladang jagung siapa ntah aku tumpang ni, belasah ajeee....




Thursday, June 9, 2011

BARANG HANTARAN saya


kepada sesiapa yang ingin bertunang boleh la mengambil sedikit idea daripada barang-barang hantaran aku ini.




pelamin tempat aku sarung cincin, gila hata buat pelamin yang sangat cute bagi aku, i love pink damn much nyahhh. apa-apa pun pelamin hata ini mendapat banyak pujian,siap dah ambil nombor phone hata,OK.




hantaran kesukaan aku, sirih junjung yang sangat aku suka.kalau minta balik pada en.nazrin agak-agak dia bagi tak ~buruk siku~





simple jek, strawbery sponsor by oya





buku ni sebenarnya kat rumah aku n rumah b dah ada tapi aku sengaja beli n bagi untuk rumah kami nanti, buku ni bagus dan sangat membantu dalam kehidupan. Kitab suci Al-quran untuk b selalu mengaji OK.



actually ni bekas bungai rampai, member ibu yang sponsor sebab dia memang buat benda-benda macam ni.



wallet dan belt




apam biru yang cute ini sponsor by cik jarah.



songkok dan kain pelikat untuk b pergi sembayang OK.



set persalinan nikah kami OK berserta sampin...pink Ok..



kek ibu yang buat, abah cakap cantik...dah bini dia yang buat boleh la cakap macam tu






JUTAAN terima kasih

Dengan ini aku mempersembahkan orang-orang penting sekitar majlis pertunangan aku itu,
kalian memang terbaik dowwhhhhhhh...(tepuk tangan kuat-kuat sampai sakit tangan)



~nurin~ menceriakan majlis pakai baju kurung,alalalalala...
bad news lepas majlis tamat dia terpaksa di kejarkan ke hospital kerana semput dan sesak nafas,doktor cakap hyper sangat dan terlalu banyak makan.LOL....




~gemok~adik aku yang telah sponsor cup cake, menjalankan tugas mengambil gambar semua barang hantaran menggunakan camera merah yang poyo itu.





~hata~ selaku juru mekap yang sangat profesional, tunang aku comment hilang warna kulit aku yang putih nyahh..lalalalala, pelamin yang ko buat mendapat thumb up.




~hasan VS naim~mereka ini 'penangkap cahaya' aku yang sangat sporting, kredit kepada sepupu aku yang sanggup belajar last minute untuk pastikan gambar yang terbaik terhasil...gila kentang wehhh.




~dekja~ selaku peneman setia sepanjang majlis berlangsung,ala-ala flower girl.





~syada afla~ thanks bagi 'piramid'walaupun coklat yang di tempah tak sampai, effort yang sungguh touhcing sekali. makacih yaa.





~pika~ walaupun minah ni sakit kaki yang tahap trauma nak tengok kesan kemalangan itu tapi masih tolong sapu sampah kemas-kemas tempat tido dengan pantas, korang adik-beradik memang orang kuat majlis yayan,OK.






Aik gambar pika lagi,kalau gambar banyak tu bermaksud sangat penting la tu..hehehehe




* apa-apa pun aku sangat la bersyukur di kelilingi dengan insan-insan yang banyak membantu sanggup berkejar sana sini bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. kepada ibu & abah thanks sangat-sangat buat majlis yang terlalu besar buat aku, sedih la pula.

* kepada along, oya, kakcu yang sponsor kek untuk budak-budak thanks sangat-sangat.

* kepada makcik-makcik pakcik sedara-mara aku semua terima kasih sangat-sangat sanggup luangkan masa walaupun majlis aku tu waktu yang sangat tidak strategik kerana lambakan majlis perkahwinan.

* kepada kawan-kawan baik ibu, terima kasih sponsor barang makanan hantaran yang sangat kreatif dan inovatif.

* kepada kawan-kawan aku yang sudi hadir, kredit kepada mastura sanggup datang dari jauh. aku sedikit hampa 'my team uitm' hadoooo.

*kepada insan-insan yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung bagi menjayakan majlis aku ini terima kasih sangat-sangat, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi, hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan yang you olls berikan.





saya TUNANG dia

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, akhirnya status aku bertukar,OK
dengan ini aku membawa status tunang orang,eh silap tunang NAZRIN.