Monday, May 30, 2011

Tahap Terakhir


akhirnya, ada juga sedikit gambar-gambar sebelum 'puan gubah' balik membantu aku 'menyetelkan' barang-barang hantaran yang ada ni.


aku dgn sis along just letak-letak barang je dulu, try konon nya, hadoooo tak kreatif.


banyak dulang yang aku tak pasti nak letak barang apa, sebab kalau boleh nak sumbat satu dulang 3-4 barang sekali gus kerana banyak tajaan dari insan-insan yang menyayangi aku...


apa-apa pun aku sangat berpuas hati dengan segala perancangan yang aku buat selama ini, semoga majlis nanti berjalan dengan lancar.


check list 05.06.2011

baju ~ settle
sedara mara~ ibu dah maklumkan
rakan-rakan~ semua sudah di maklum
Katering ~ settle makan untuk 200 orang
fresh flower ~ untuk sireh junjung (hari sabtu baru ambil)
kek ~ ahad pagi baru ambil
mini pelamin ~ hata sedang berusaha keras cari barang
barang hantaran ~ tinggal gubah sikit2

Sunday, May 22, 2011

tiada FB

malam tadi aku sibuk menaip mesej untuk menjemput rakan-rakan hadir majlis pertunangan aku pada 5 jun 2011...

salah seorang rakan yang tidak perlu di sebut nama menyatakan "kenapa tak guna FB je beb"...

adalah ingin aku nyatakan di sini bahawa aku tidak punya FB ok...aku bukan la seorang yang anti-sosial...kalau cari sampai lubang cacing sekalipun tak akan jumpa akaun FB aku sebab aku tidak punya FB.

ada sebab-sebab kenapa aku tidak melibatkan diri dalam aktiviti Facebook ni...so kepada rakan-rakan semua harap hormat akan keputusan aku ini untuk tidak mempunyai FB...

apa-apa hal leh roger aku by fon by email, lagi cepat rasanya , aku rasa tidak berdosa sekiranya aku tidak mempunyai FB.

bakal En.Tunang pun tak cakap apa kerana dia pun takde FB...wawawawa....so laki bini takde FB kira fair la kan....

Wednesday, May 4, 2011

lagi SEBULAN

hari ini 5/5/2011, bermakna sebulan dari sekarang adalah hari-hari yang penting dalam hidup aku.Cuti aku dah apply awal-awal tau ~ excited~


nak di jadikan cerita lagi dekat waktu aku nak jadi tunang orang, boleh pula berlaku babak ada orang belanja aku air tiga hari yang lalu di 'silent cafe' (cafe yang di jaga oleh golongan bisu). makin nak bertunang ni macam-macam pula dugaan yang datang, aku tak pasti orang tu dari jabatan mana tapi satu bangunan darul ehsan ni mana la aku tahu manusia yang makan kat silent cafe tu dari jabatan mana kan....


abaikan kang laling aku bising kang.


sebulan dari sekarang adalah hari-hari yang sibuk....mood excited...