Monday, November 8, 2010

BBQ @ pantai remis

kredit to linda (si free hair) selaku jurugambar, lain kali ambil gambar kita lagi tau kita suka gambar2 kita tau ~dengan nada manja ahaks~


ini ntah kali ke berapa budak2 batch 2002 sekolah lama aku buat benda alah mcm ni ~makan2,mandi manda,lepak2~ dan untuk tidak memastikan aku ni bukan anti-sosial, so aku pun join laa bersama 'cinta gila'.




untuk pengetahuan semua aku bersama 'cinta gila' aku ni turut serta sbb kitaorang satu batch dan merangkap satu kelas (5 berlian), pada mula nya aku agak bersemangat nak join tapi bila dah smpai pantai tu badan aku mula sengal2 dan sakit2 sbb aku baru balik dari camping, dah la aku dtg lambat, semua dah smpai semua dah mkn, jadi bahagian mengemas aku tlg mana yang patut lahhhhhhh.......



Thursday, October 7, 2010

RETAINER braces KUIH koci

(sampel retainer aku)


hari-hari terakhir syawal, sekolah aku ada buat potluck ala-ala penutup bulan syawal, so menu agak byk hari ni, kelas aku 4 masa direct smpai pukul 10.20 so aku pun belasah la mkn sandwich, satay, kuih apam hijau yg bawah ada kelapa (chopp aku x tau apa nama kuih tu). agak tamak mkn sekali byk, lagipun aku ajar subjek PJK hari ni, dah janji dengan budak2 nak maen bola jaring, so byk tenaga nak pakai kena la makan byk2 sbb nak berlari kejar2 dengan bola.

kenapa tajuk entry kali ni retainer braces????? (motif)
aku mula pakai braces dari tingkatan 4 sampai la sekarang, cuma sekarang aku pakai retainer je braces dah lama bukak dahhh...

last aku mkn kuih koci.....
warna hijau mcm sedap, aku pun bedal la....
sekali aku ggit melekat kuih koci kat braces aku...bila aku nak tarik balance kuih koci tu, braces aku tercabut....toleh kiri toleh kanan mcm x de sape yg nmpak so selamat la aku....

aku tros g toilet, nak bersihkan braces tu jenuh betul sbb kuih koci tu melekat2 kat celah2...
malu btol....kepada sesiapa yg pakai retainer braces mcm aku tu hati2 ketika mkn kuih koci....

Monday, September 27, 2010

Monday, August 23, 2010

TIADA tajuk

salam ramadhan, salam 1Malaysia, salam kemerdekaan (31 ogos).......
tidak lmbt untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua......

entry kali ni tiada tajuk, sebab apa.....sebab mcm2 aku nak cerita.
ni entry tertunggak sbb aku memang nak pos dah lama tapi tiada masa, so gamba kat bawah ni sekitar majlis sambutan hari guru peringkat daerah di STADIUM TERTUTUP KUALA SELANGOR. aku nak pos juga gamba masa sambutan hari guru peringkat PARLIMEN tanjong karang kat DE PALMA kuala selangor tapi gambar pada camera cikgu sapa ntah....

tapi gamba sama jek pun pakai baju batik biru tuuuu....bosan...bosan...


kat bwh ni gamba aku bersama cermin mata skema aku buat kali terakhir sbb sewaktu mjlis ni berlangsung cermin mata aku patah terkena sepanduk besa gabak tuu...cermin mata skema aku ni x de bingkai so agak sensitif la...sepanduk jatuh tepat2 pada cermin mata aku jadi terpatah la jadi dua....rabun aku jadinya sewaktu mjlis berlangsung, nasib la sewaktu perbarisan aku x masuk barisan org lain.....


skrg aku nak cerita psl persiapan untuk hari raya nanti....
tahun ni kuih raya tak byk beli sbb ibu cakap raya nak msk je hari2 untuk org, aku dgn kakak2 aku sibuk buat check list menu nak msk apa utk setiap hari.

baju raya tahun ni tema biru muda agak sedondon dgn en.nazrin tapi tak sure sama ke tidak sbb mcm lain skit jekkk....yg penting bukan baju batik sekolah kat atats tu (tidakkkkkkkkkkk).
aku cadang nak g shopping last minute baju anak2 buah aku kimi dgn fizi tu (mcm biasa tiap2 tahun anak along tuuu jugak yg aku sponsor)

aku mengalami mslh sampul raya, mana nak dpt sampul raya byk2 ekkkk....sbb apa....sbb tahun ni anak2 murid aku SUMPAH mesti ramai yg datang, siap booking lagi nak dtg hari raya ke-3 (fatin 1 intan n de geng)...hari raya ke-8 (hairin 3 nilam n de geng)....hari raya ke-5 (adha ex-student seri tanjong n de geng)...yg tak booking tuuuu aku siap2 bg nombor fon supaya bdk2 tu dtg aku ada di rumah.....

psl duit raya aku belom tuka lagi....tapi ada insan yg aku syg en.nazrin tu pasti dpt bantu aku tukar duit raya sbb pak sedara dier keje bank....tolong b!!!!!!!!!!!!!!!! rasanya ibu pun nak tumpang sekaki tukar duit raya la b.....hehehe

shopping raya yg menjadi isu besar antara kakak2 aku dgn sepupu aku cik pika tuu...nak g sogo la...nak g the curve la....sudahnya aku dgn en.nazrin jekkk la yg pegi nanti....aku x de mslh nak g shopping sbb en.nazrin sentiasa ada jadi driver (ampun b).....

so tu saja laaaa utk entry kali ni....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
dari yayan

Monday, June 28, 2010

LALALA kerja LA

seminggu aku dgn team edible landskap siapkan dokumentasi la, power point la dan mcm2 lagi ntah apa2 kerja smpai laptop mcm nak meletop, muka mcm nak msuk dalam skrin laptop sbb nak pastikan sekolah menang peringkat KEBANGSAAN......hari sabtu dgn ahad pun kena dtg sekolah wehh, memang terlepas laaaa waktu 'dating' aku....adehhhh.........

ini hasil taman edible selama 2bulan aku dgn cikgu suhaila dan bdk2 persatuan seni&budaya......dari posisi atas cantik juga taman aku ni.....bertungkus lumus tau x utk edible landskap ni jek....stress.........





hope sekolah aku menang utk peringkat KEBANGSAAN ni..........penat wooooooo..........

Sunday, May 30, 2010

wahhh......SENIOR


hehehe....aku dah curi gamba ni dari page kak dila....cute gler gamba ni.

http://rasahatidhila.blogspot.com

aku sgt suke hati melihat gambar ni, gamba senior2 aku...kak ana,kak ain, kak ina, kak dila, wahhh ramainye akak2 aku ni.....

mase aku part1 dieorg ni part5 ....kat department aku dieorg ni ala-ala mcm BFF paris hilton.
akak2 ni tomei2 belaka tau....n lagi dieorg sgt baik hati walaupun senior (hehehe puji lebeh laaa)

aku mengikuti perkembanagn geng BFF ni...dieorg sume still keep in touch n sweet sgt2 persahabatan mereka.....time kakdila kawen dieorg pakai baju same color...wahhh best nye, pkare mcm tu memerlukan keserasian n sehati sejiwa yang tinggi....bagus banget dehhhhh....

aku ari ni sgt letih,walaupun ngah mood exam,jge exam ddok saje tapi otak aku penat badan aku letih....esok pbarisan hari guru peringkat daerah, jap lagi ade reaheasel tapi ble tgk gamba senior2 aku ni rase suke hati sgt2....

SEMOGA KALIAN BERSAHABAT SAMPAI KE AKHIR HAYAT
luv u kakak-kakak semua

Wednesday, May 19, 2010

GURU atau CIKGU?

Sudah 5 hari berlalu 'HARI GURU" (16 MEI setiap tahun), antara sms yang aku terima........


from En Razlan (pencetak majalah sekolah masa kat seri tanjong)

Adakah anda ibu terbaik, isteri terhebat? Semestinya anda 1 dalam 1000 di dunia. Apakah cita-cita anda sebelum jadi guru?Mejistret?loyar?Ejiniar?Anda menyesal jadi guru?cuba lihat, ada tidak loyar yang sanggup pakai topi arkitek?ada tidak majestret yang berani sarung kot doctor?tapi guru adalah SEMUA itu.Kiata lah doctor bila budak sakit, loyar bila parents soal, majsitret bila budak bergaduh. Hata security guard & AHLI NUJUM pun kita!oleh itu banggalah jadi cikgu.SELAMAT HARI GURU.


from kak haliza a.k.a bon liza

Biarku menjadi LILIN memberikan cahaya…Ikhlas menolong tak harap sanjung.Ikhlas berbudi tak harap puji.Ikhlas berkorban tak harap ganjaran. Itulah insane yang bergelar GURU….Selamat hari guru…CIKGU!


from kak ann cikgu SKKS

Guru yang SEDERHANA memberitahu. Guru yang BAIK menerangkan. Guru yang CEMERLANG menunjukkan. Guru yang HEBAT memberi inspirasi . SELAMAT HARI GURU.


from kak julita (ni mesti si adip anak dia yg taip)

SEMOGA MENJADI SUMBER INSPIRASI….SELAMAT HARI GURU….CIKGU…..LUV U


from Mr. faizul a.k.a jiwang (hampeh la ko, blanje mkn ke orait gak)

Selamat hari cikgu wehhhh…….


from putri 3BERLIAN

Camat ary guru….cikgu,jasamu dikenang


from zairie ex-student seri tanjong
selamat hari guru cikgu Azean....kami rindu cikgu....hehehe

from Pua Shee lee ex-student seri tanjong(ringkas dan padat)
laoshi...selamat hari GURU untuk kamu. guru pembina negara bangsa....

from unknow (sapo ni ehhhhhh, agak skema bunyi nye)
Cikgu yang menarik perhatian student perlu pandai mengajar, banyak ilmu, cantik, boleh membantu student bila-bila masa diperlukan. semua itu ada pada kamu.....selamat hari guru khas buat kamu....

paling best ucapan dari anak-anak buah aku...
kimi : cikyan cikgu kan.....selamat hari guru cikyan (aku tau mak dier yg ajar tuuuu, sbb byk kali aku bgtau along x kan x de ape2 utk aku ni...hehehe dapat hadiah baju dari kimi n fizi.....terima kasih nanti raya cikyan belikan baju ehhhh)

so sad en.nazrin x ingat hari guru bila ,hampeh jek ....tapi x pe la bukan ucapan, penghargaan, or hadiah yg aku gilakan,as long lepas habis kelas pelajar2 ucap "terima kasih cikgu" (skrg ni pelbagai versi ucapan terima kasih lepas habis kelas tau...paling famous ala-ala upin&ipin.)



Sunday, May 9, 2010

lanjutan LAWATAN ke PUTRAJAYA


last 2 week aku terpaksa ke putrajaya kementerian pelajaran, lepas abis skool tergesa-gesa terus pegi, makk ai........aku terpaksa jalan kaki jauh sbb arah tujuan aku bahagian pendidikan guru tapi yg aku masuk pintu utama kaunter kementerian pelajaran, rupanye banyak bahagian kat situ.......ingatkan satu bangunan tingkat laen2 tapi bangunan lain plak.

pengawal : bahagian pendidikan guru kat belakang bangunan sebelah kanan dik...

yayan : (ingatkan dekat tapi.........jauhnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee) ni gara-gara en.nazrin dropkan aku kat depan kaunter tu then dier parking nta kat mane....so terpaksa la jalan agak jauh nak smpai kat bahagian pendidikan guru tu.


aroma ikan bakar JERAM

lepas penat balik dari putrajaya sempat lagi balik singgah makan kat pantai jeram cadang nak belanja en.nazrin sbb cuti halfday temankan aku g putrajaya tapi dalam wallet tinggal singgit...so en.nazrin pula yg kuar duit...hahaha

p/s : gambar hasil kerja en.nazrin, beliau nak tingkatkan mutu menjadi 'penangkap cahaya' (photography)

Wednesday, April 21, 2010

KARNIVAL KERJAYA daerah 2010




































now aku bukan lagi berada di JABATAN AUDIT NEGARA....


aku mls nak cerita yg pasti aku mengajar di sekolah di mana aku belajar dlu.....sgt behampiran dgn rumah, ramai cakap 'seronok la keje dekat dgn rumah'......

seronok ke??????? tetttttt (dekat tidak semesti seronok yer kawan-kawan)
aku sgt rindukan sekolah aku mengajar dlu....ade kak ina, kakhaliza, kak julita, kak mar n ramai lagi kakak2 yg sgt sayangkan aku.....



gembira atau tidak aku peduli ape janji keje aku buat dengan cemerlang gaji aku dapat (hahahah).....mcm gambar2 yang kat atas ni....aku bukan nak cerita yg sedih2 tapi berita gembira di mana setelah aku bertungkus lumus smpai printer aku 'HENG' akhirnya team aku menang dapat tmpt ke3 dalam karnival kerjaya kaunseling........

Thursday, March 4, 2010

bukan page BUTIK PENGANTIN

last entry aku sume cter psl org kawen2...nanti org ingat aku punye page ni page butik pengantin plak....tapi tidak di nafiikan dari bulan 11 tahun 2009 smpai la tahun 2010 ni hari2 hujung mggu untuk aku berehat di penuhi dengan jemputan mjlis kawen...direct sebulan penuh pun pernah...tapi aku x dpt nak msukkan semua gamba.....



entry sblm ni ade satu pic kereta mcm dah barai...tu kereta 'syarikat'....kereta subsidi kat rumah if sape2 nak pakai, tapi dsbbkan kelalaian, kecuian, ishhhhh sadis btol so kereta tu dah barai!!!!!! x pe la benda dah nak jadi so dengan ini aku berdoa kepada tuhan harap kereta 'syarikat' bertukar kpd MPV.

setelah kegagalan aku menyambung kontrak jadi cekgu tu now aku berada kat PUTRAJAYA di jabatan audit negara di bahagian korporat...so sape2 nak cari aku pas ni sila cari kat putrajaya ni, dlu dok kat kg relaks jek skrg kat putrajaya ni aku sgt rindukan suasana kg.

ok la jemput2 la dtg putrajaya ehhh kepada semua......

kepada

Tuesday, February 9, 2010