Monday, November 30, 2009

WEDDING EKIN DAN PASANGAN

28 Nov 2009, merlimau melaka








Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Kpd semua, siap sedia dgn parang, kapak & pisau dr skrang. Pertumpahan darah akan berlaku pd pagi 27haribulan di seluruh negara. Lembu, kambing, unta & kerbau pasti ada yg terkorban. “SELAMAT HARI RAYA KORBAN.”
by: YAYAN

Thursday, November 19, 2009

TERIMA KASIH






Finally

last day aku kat sekolah ni. Tapi x de la lastday pun nanti 7 Disember duty jaga SPM (Pendidikan Al-quran dan Al-sunnah) dan dtg meeting 28 Disember nanti (aiseh birthday aku daaaa time tu)



Terima kasih aku ucapkan pada barisan pentadbir yg bg peluang pd aku menjalankan tugas2 yg diberikan, actually semua tugas aku lakukan dgn ikhlas dan anggap sebagai amanah (ibu aku hari2 pesan pergi sekolah kena ikhlas buat kerja elok2,aku kan paling dgr cakap ibu a.k.a anak ibu la katakan). Klu sesapa bg aku keje memang aku senyum jek terima, aku buat keje tu semua bukan sbb aku takot tapi anggap sebagai amanah.Lagipun En.Azly lecturer uitm aku pernah berkata “ setiap jam kita bekerja ni jatuh ringgit” so aku kne la kerja sungguh2 sbb ni adalah minat aku…lalalala kerja laa…..



Terima kasih juga pada guru2 yg byk membantu aku, memberi tunjuk ajar, memberi sokongan, hanya tuhan jek yg mampu membalasnya (aku ni byk bertanya selagi aku x phm mesti aku akan tanya lagi dan lagi dan lagi)

Masa mula2 aku dtg sklh ni ramai ingat aku ni sombong….



Tapi……….



Aku ni pemalu sebenarnya, masa kat uitm aku sgt la bubbly, dalam kelas prof.hamidin, cikzulu, en.razak aku sgt la aktif berkata2.



Ble masuk alam bekerja aku jd pasif sbb aku x biasa bercakap dgn org yg jauh lebih berpengalaman dan yg lebih tua, masa aku mengajar kat SKKS dlu pun mcm tu juga, aku ni pemalu sbnrnya sbb aku sedar yg aku hanya guru sandaran. Lagipun aku takut kata-kata aku boleh menyinggung org, alam bekerja jauh berbeza dgn alam belajar.

Aku ingin memohon sepuluh jari ampun dan maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki sekira nya aku ada terkasar bahasa, jauh di lubuk hati, aku terlalu menghormati mereka semua barisan para guru ini.



Aku berdoa semoga sekolah ini menjadi sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang…

1MALAYSIA 1SEMANGAT

Tuesday, November 3, 2009

RIMUP 'lets party'

RIMUP ( Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan)


tamatnya peperiksaan PMR....penyelaras tingkatan3 buat mcm2 aktiviti.....antaranya program RIMUP 'lets party"