Thursday, May 16, 2013

Eksklusif Picture Preggy


Hai semua, wah semua sangat kan.....jangan tak tau kalau sesiapa nak tengok gambar aku masa mengandung jangan harap la aku nak bagi kan...kan....kan... sebab aku rasa aku sangat gemuk sangat, hello Nur Naurah born 3.47kg ok memang harus la gemuk mamanya menampung anak secomel Naurah itu.



Kredit to Amirah my BFF sebab memahami diri yang mengandung ini so dia belanja makan buffet, so yayan sila  ambil makanan dengan banyak ok, tengok la tu penuh meja hasil tangkapan. Jangan tak percaya aku sangat kuat makan masa mengandung, tapi sayur-sayur adalah teman istimewa ketika mengandung. Walaupun aku kuat makan umpama gadis yang obes. opppsss gadis sangat kan tapi makan tetap aku jaga sebagai wanita yang super busy 24/7 seperti aku kurma dan kismis wajib didampingi serta makan sayur-sayur walaupun teman sering melihat pinggan makan aku seperti dipenuhi rumput-rumput segar.hahahaha.



Alhamdulillah sepanjang mengandung aku sangat happy dengan hidup aku walaupun kadang-kadang penat dengan kelas dan assigment, wanita bekerjaya macam aku memang patut mendapat anugerah kijang emas seperti amalina che bakri yang dapat 20A+ dalam SPM tu....huhuhu. En. suami sila la bagi anugerah gelang emas, rantai emas atau cermin mata bertahta emas. wahhhhhh.......




Makan dan makan lagi agar perkembangan anak dalam kandungan maintain sihat, tengok la kemain besau lagi mulut nganga, Naurah jangan tiru aksi mama ini ok lepas seminar selalu memang macam ni walaupun dalam dewan stok roti stok air milo plus kawan-kawan punya makanan abis aku sapu tapi masih lagi lapa. Tapi apa ada hal ibu-ibu mengandung memang la macam ni sesiapa yang pelik tu sila ketuk ketampi, cepat buat sekarang.



Ok bye terima kasih kerana membaca, kalau tak nak baca sila close this site. TQ.

Tuesday, May 14, 2013

TODAY 3bulan NAURAH

Alhamdulillah, hari ini Nur Naurah genap 3bulan 15/5/2013. Sabtu ni nak bawa Naurah cucuk untuk 3bulan. Sangat touching melihat Naurah kena cucuk sebab aku tahu macam mana sakit kena cucuk so sakit Naurah tempiasnya dapat aku rasa, bersabar yer wahai anak.

Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah 3bulan aku dikurniakan zuriat yang super cute NUR NAURAH. 


NUR = CAHAYA
NAURAH = BUNGA

*sekadar makluman wink....wink....


Kehadiran Naurah telah merubah hidup aku 360' kamu tahu, Naurah adalah bayi fully breast feed walaupun ayahnye sudah standby beli susu formula namun belum lagi sempat Naurah rasa kerana alhamdulillah susu aku masih cukup happening untuk Naurah. kadang-kadang susu aku merundum mungkin di sebabkan banyak faktor iaitu kurang makan makanan berkhasiat atau terlalu penat.

Namun aku perlukan makanan tambahan, dengan bantuan sepupu aku maka produk Shaklee menjadi teman istimewa ketika ini. Teman istimewa sangat okey....shaklee i love you. Dengan berkat doa serta berdisiplin dalam pengambilan makanan tambahan ini maka produktiviti susu untuk naurah begitu kencang serta lebih bertenaga walaupun malam kurang tidur kerana Naurah sering terjaga untuk menyusu.


Bukan soy protein ni je yang aku makan, ada lagi produk shaklee yang aku amalkan tak sempat snap gamba macam alfafa dgn B compleks...ibu bekerjaya seperti aku perlukan banyak tenaga seperti popeye  okey.....






Wednesday, April 3, 2013

MAJLIS AQIQAH & CUKUR JAMBUL NAURAH

Entri lama yang lambat update...............
syukur alhamdulillah pada 9.3.2013 yang lalu anak comel bernama Nur Naurah ini telah kami suami isteri adakan majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk gegirl kesayangan kami yang sorang ni. Pada ketika majlis ini berlangsung Naurah baru berusia 23 hari, tali pusat pun belum tertanggal lagi. Majlis ini dilangsungkan awal kerana atok Naurah mahu adakan awal kerana hanya minggu tersebut sahaja yang kami sekeluarga bebas dari sebarang aktiviti kenduri kendara dan jimba berjimba. huhu kami sekeluarga memang sibuk memanjang.



sebelum majlis berlangsung, dikhuatiri Naurah akan membuat perangai atau hal yang pelik-pelik seperti :
menangis
melalak
menjerit
berteriak




oleh itu mama Naurah ini telah menyumbat Naurah dengan susu cap gantung, tidak cukup dengan itu, terlalu khuatir perkara di atas terjadi, mama telah menyumbat Naurah dengan susu cap botol edisi gantung yang telah diperah dengan jayanya.


fuhhhhh.....akhirnya segala perkara yang dikhuatiri seperti diatas terjadi Naurah menjadi behave dengan tersenyum kekenyangan. Muka mama juga harus tersenyum kerana anak comelnya sudah kenyang sebelum majlis berlangsung, mama Naurah masih berdoa di dalam hati perkara yang dikhuatiri tidak terjadi.





Akhirnya.........










Naurah tidur dengan nyenyak seperti puteri ayu di bawah bulan (tajuk sekadar hiasan huhuhu....) 


Ini adalah geng-geng marhaban kawan-kawan nenek Naurah, Naurah lena saje sepanjang majlis berlangsung, agaknya Naurah terdodoi dengan nyanyian lagu-lagu marhaban. Ada lagu dendang fatimah, sedap gak lagu tu.....nampak sangat tak pernah dengar orang marhaban.




Okeh, masa yang di tunggu-tunggu sudah tiba iaitu, sesi menggunting rambut Naurah. Oleh sebab semua yang menggunting rambut Naurah pangkat nenek-nenek so Naurah di dalam tidur monolog didalam hati:


"nenek jangan potong rambut Naurah pendek sangat yerrrrr nenek" 






Pada minit-minit terakhir, fuhhhhhhhh.......mama Naurah kembali khuatir dan cemas, sebab apa ni.


Sebab Naurah mula menunjukkan tanda-tanda berikut:

mahu menangis
mahu poopoo
mahu susu
mahu melalak
mahu teriak



oh tidak


Tetapi, itu semua hanya lakonan dan sandiwara Naurah, mungkin telah terdidik sewaktu dalam kandungan kerana mama Naurah gemar menonton sinetron, Naurah kembali tidur ZZZzzzzzzZZZzzzzzz.









Disini Naurah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada sedara mara Naurah, kawan-kawan nenek, kawan-kawan mama, jiran-jiran yang secara langsung dan tidak langsung menjayakan majlis Naurah ini. Kepada mama terima kasih sebab sediakan buaian yang membuatkan Naurah tidur dengan lena. Naurah sayang mama. Naurah stop disini........

Ok fine Naurah, ini blog mama so bagi mama yang cakap ok.
Thanks kepada semua, kepada kawan-kawan yang datang Achik huda, auntie jila, mokcik dora natasha, auntie anny zara, pokcik hata kelazzzzz sangat tu, cikgu jaja suami serta anak-anak, dan kawan-kawan yang kirim titipan buat Naurah, terima kasih sangat-sangat. Tidak lupa kepada kawan-kawan ayah yang datang, sampai ke malam pun kawan ayah ada yang datang lagi, majlis Naurah tamat dengan segalanya berjalan dengan lancar. Harap Naurah menjadi anak yang baik dan solehah. Amin..............




Monday, March 11, 2013

pengalaman BERSALIN


Hari ini genap 25 hari anak comel yang bernama NUR NAURAH hadir dalam hidup aku, wahhhhh sangat berbunga-bunga walaupun tidak cukup tidur kerana penyusuan yang begitu eksklusif untuk naurah.

aku perlu cepat-cepat update kronologi pengalaman bersalin aku kerana dkhuatiri lupa almaklumla orang baru lepas bersalin beberapa urat sudah putus, maklum saja lahhhhh....huhuhu

~14 februari 2013~ (valentine day kata budak-budak yang ngah hangat bercinta)
pagi tu jam 9.30 aku pergi ke klinik sebab memang appoitment check up untuk 38minggu kandungan aku, aku drive sendiri walaupun ibu yang baik hati itu larang, aku kan seorang yang gigih dan cekal jadi berkali-kali aku bagitahu ibu aku masih lagi boleh drive siap drift coner lipat lagi.huhuhu......

sampai diklinik (klinik makcik sendiri jadi buat la hal sendiri) tapi makcik aku tu x de so kawan dia yang take over, tiba-tiba aku agak sakit perut rasa nak terberak dan perut sangat memulas-mulas, aku tahan jek la sebab bab membuang benda asing kat tempat orang ni aku tidak biasa dan kurang selesa so aku tahan untuk membuang dirumah.

Nurse kat situ panggil aku, dia cakap kenapa muka lain macam nak terberanak ke, aku cepat2 jawab nak berak laaa (beranak dan berak adalah perkara yang berbeza walaupun sebutan hampir sama) nurse kat situ kata kaki aku dah bengkak teruk,boleh lagi dia gurau-gurau cakap malam ni atau esok gerenti aku bersalin sebab tengok gaya macam orang nak bersalin dah. aku mula cuak tapi muka yang angkuh ni buat-buat cool.

sampai rumah aku rasa tak sedap badan sebab teringat kata-kata nurse tadi, memang aku rasa penat yang teramat sangat padahal rumah aku dengan klinik tu dekat la sangat mustahil boleh penat macam baru balik jogging. sebab penat aku tidur Zzzzzzzzzzz.

jam 1.25 petang, betul-betul time aku terjaga tu azan zohor berkumandang, aku bangun tiba-tiba........


selonggok air(air selonggok ke) keluar seperti di siram dan ada sedikit darah ditilam, aku agak panik sebab aku sangat pasti itu air ketuban tidak mungkin aku kencing merata-rata pula kan....aku keluar bilik aku terjerit-jerit panggil ibu, 'ibu air banyak keluar', ibu dengan pantas cepat-cepat jom pergi hospital. aku capai handfon terus call suami.

jam 2.00 petang aku tiba di hospital, sempat lagi aku makan nasi dan telan seberapa banyak kurma,kurma memang sangat membantu anda-anda semua untuk bersalin dengan lancar ok,aku juga sempat tapau kurma dalam bekas dengan harapan nak makan lagi banyak-banyak, sebenarnya sentiasa ingat pesan mila supaya makan kurma banyak-banyak.

yang pelik walaupun air ketuban menjejeh merata-rata namun aku langsung tidak rasa sakit, aku sempat minta maaf dengan daddy tercinta (sangat sayu macam orang umur tak panjang abah cium kepala aku dan bagi doa sikit kat ubun-ubun kepala, memang sangat touching ok sob sob sob). Ibu pula pesan nanti teran betul-betul waaaaaa mula seram disitu.

jam 7.30 petang doktor datang seluk, baru 1cm katanya, dan dia kata aku perlu transfer sungai buloh sebab air ketuban sudah pecah 7jam namun aku tiada langsung tanda untuk melahirkan anak comel aku itu.

jam 8.30 malam aku mula naik ambulans, 1st time ko senah naik ambulans memang pengalaman betul laahhhhh.

9.15 malam aku tiba di hospital sungai buloh, langsung tiada tanda sakit walaupun darah dan air ketuban telah keluar dengan banyaknya. aku sempat lagi keluar masuk ke kaunter untuk berjumpa suami, ibu, makcik dan sepupu yang datang bagi support.

~15 februari 2013~
apa dah masuk 24jam namun aku masih lagi cool tiada tanda sakit nak bersalin.

jam 12 tengahari ada sakit sikit namun aku anggap tu sakit-sakit kecik.

jam 3 petang sakit contraction selang 15minit sekali datang dan pergi, kali ini sakit memang betul-betul sakit. sungguh aku katakan sakit contraction memang sangat sakit tapi tips untuk tahan sakit itu adalah tarik nafas melalui hidung dengan panjang dan lepaskan melalui mulut, memang sangat membantu yer wahai bakal-bakal ibu.

jam 5 petang sakit contraction semakin hebat datang dan pergi, aku mula di bawa masuk ke labor room. wahhhh labor room itu sangat la eksklusif. perut aku dipasang alat untuk mengesan degupan jantung anak, air mula dipasang ditangan, doktor kat situ kata nanti aku akan diberi suntikan untuk melalaikan dan menidurkan aku. what................aku nak bersalin bukan nak tidur.

rupanya suntikan itu untuk mengurangkan sakit aku bila sakit sahaja aku akan terjaga, huhuhu.....

jam 8.30 malam suami datang untuk memberi sokongan moral, moral sangat ok.......aku teran banyak kali gak tapi kalau tak rasa sakit itu datang memang x akan teran ok....so bila sakit itu datang aku teran dengan kuat maka lahir lahhh naurah ke dunia pada jam 8.51malam namun naurah keluar tidak menangis, jadi aku  yang mula menangis kerana naurah tidak menangis. 10minit kemudian doktor datang dan beritahu naurah sudah menangis, syukur alhamdulillah.

lega rasanya bila naurah telah lahir kedunia, sakit yang teramat sangat sakit tadi langsung hilang, sesi jahit menjahit juga berlangsung dengan pantas hanya 15minit kerana doktor pakar yang menjahit.

Alhamdulillah walaupun air ketuban telah pecah lama namun rasa sakit aku alami tidak lama, ini kerana aku banyakkan meminta maaf dengan suami memang hari-hari aku minta ampun dan maaf dari suami juga aku mohon beliau doakan aku mudah bersalin, juga tidak dilupa ibu bapa yang membesarkan kita perlu juga meminta maaf dengan tulus dan ikhlas.

pengalaman yang best sebenarnya sewaktu bersalin ni, aku masih ingat kata-kata doktor dan nurse masa dilabor room 'teran macam awk rasa geram, geram sangat geram yang teramat sangat, geram...geram....geram'



ini lah nur naurah yang aku tunggu-tunggu fresh baru keluar dari labor room, berat naurah 3.47kg, gila kentang aku teran anak comel sebesar ini, alhamdulillah aku sangat bangga melahirkan nur naurah.

sekian sahaja pengalaman bersalin aku, kalau nak tahu detail boleh pm aku, kita share pengalaman bersalin dan tips-tips mudah bersalin.



bye...bye semua.



Sunday, March 10, 2013

sudah selamat BERSALIN

Alhamdulillah.........



sepanjang tempoh 38minggu anak comel yang aku kandung ini akhirnya lahir ke dunia, pengalaman mengandungkan anak comel ini sungguh istimewa kerana selama 38minggu anak ini sentiasa menemankan aku berulang-alik ke shah alam bagi menuntut ilmu di INTEC seksyen 17.

Anak comel ini juga yang menemankan aku drive dari tg.karang ke shah alam memandu dengan perut memboyot bagi menuntut ilmu, di dalam kelas anak ini juga bersama-sama aku belajar tajuk-tajuk baru.
bersama-sama keluar makan berdating dengan suami minum air kelapa utk tips anak comel ini mendapat kulit yang halus dan mulus,
sama-sama solat masuk minggu ke 36 aku mula solat duduk kerana aku tidak mampu untuk solat berdiri,
sama-sama pergi shopping tawaf satu mall sehinggakan rakan yang tidak mengandung kepenatan begitu juga suami yang sering mengeluh kepenatan bila diajak berdating ke mall,

pendek kata aku dan anak comel ini kami sering melakukan aktiviti bersama.........kan anak kan......



Anak comel ini lahir pada 15 februari 2013(jumaat) pada jam 8.51 malam di hospital sungai buloh.

~ lepas ini aku akan update kronologi proses kelahiran anak aku ini, kena cepat-cepat post takut nanti lupa~

Sunday, December 30, 2012

genap SETAHUN

gamba zaman dahulu, setahun yang lalu. slim kan...kan...kan.

30 Disember 2012 maka dengan ini genap setahun aku menjadi isteri kepada mohd nazrin, pejam celik pejam celik rasa macam pengantin baru lagi rasanya. hahaha tak sedar diri padahal perut aku semakin memboyot dan perut suami juga turut memboyot sekali.

Alhamdulillah syukur aku ucapkan kepada tuhan yang satu-satunya aku sembah kerana memberkati hubungan kami suami isteri serta mengurniakan anak yang bakal aku lahirkan insyaallah febuari nanti.




Merah lagi inai dijari, sebenarnya aku pakai inai last minute tu pasal la merah sangat ngahhhh oiiii, pukul 2 petang sebelum majlis nikah bermula aku baru nak pakai inai, kinda busy sampai lupa pakai inai. Tapi ada hikmah juga pakai inai ni uolssss sebab after bersanding we ollsss go to honey moon. Bila pergi honey moon mestilah nak pegang2 tangan and a bit gedik dengan si halal ini, agak risau bila orang pandang sinis bila berdua berpegang tangan. Tapi disebabkan inai la so orang akancepat-cepat fikir 'oho dah kawin'.

After 2 or 3 month inai dah mula hilang, bila pergi tengok wayang malam-malam we ollsss pegang-pegang tangan ramai yang pandang, maybe sebab muka aku yang babyface atau muka suami yang kelihatan berumur 17 tahun membuatkan orang pandang seperti kami tidak mempunyai hubungan yang sah macam couple dizaman sekolah menengah (lalalalala.............). 

~sekian~

Wednesday, October 31, 2012

AKU MAHU Fisher Price Rocker




u olls tau ke ape benda alah Fisher Price Rocker tu? gila ko aku nak memancing time ngah sarat-sarat ni, tak kan laaa aku nak jadi mama yang rock plak kan, tak kan la benda alah tu untuk kegunaan aku plak kan....huhu. bagi ibu-ibu yang mengandung macam aku sekarang ni mesti sedang sibuk usha barang-barang baby macam aku kan, yer ke tidak......


sedang masa yang terluang ini ada sebab aku 24/7 sibuk, assingment berlambak, lesson plan perlu aku bereskan dengan kadar segera, waaaaaa article review professor kesayangan baru aku siapkan memakan masa 2hari gak la sampai suami paksa aku masuk tidur seperti laptop tu adalah pasangan kekasih buat hidup aku kini, tak kan la suami aku cemburu aku dengan laptop...ohhhh tidak, dia kesian aku sakit pinggang hadap laptop je.

sekarang aku ingin bersenang lenang layan blog cuci mata mencari barang untuk anak yang dalam perut yang sangat aktif menendang kanan dan kiri..hiyakkkkkk wachhaaaaaa. ohhhh anak.

berbalik kepada  Fisher Price Rocker yang aku cerita diawal tadi, atas bantuan google mari sini mari rapat aku tunjuk benda alah tu pada kalian.

ini lah dia  Fisher Price Rocker yang aku nak sangat untuk keselesaan anak aku nanti, boleh la dia bersenang lenang duduk kat situ.


Bukan setakat duduk tapi anak aku nanti boleh tidur dengan lena dalam tu. hopefully.

tapi.........





aku risau ibu nanti tak bagi beli, sebab ibu aku sangat seorang yang conventional (tradisional laaaa) bab barang-barang anak, sehingga kini ibu aku melarang beli barang-barang baby,tunggu kandungan masuk 7 bulan baru boleh beli walaupun aku curi-curi beli tanpa pengetahuan dia, padahal hampir penuh almari dengan barang baby je.huhuhu ibu ampun.

aku risau nanti ibu akan cakap nanti anak aku jatuh tergolek, tak stabil, sakit tengkuk dan macam-macam lagi. tapi ini sekadar assumption (andaian) aku terhadap ibu aku tu. tapi aku percaya ibu aku mesti merelakan saja bila aku dah beli nanti...huhu.

kepada suami aku yang tercinta sedia maklum bahawa isterimu ini ingin benda alah diatas untuk anakmu ini.